00:00Polis Spanyol berjaya merampas 30 tan kokain daripada sebuah kapal berhampiran kepulauan Canary dan menahan 23 kru kapal dalam operasi
00:09rampasan dadah terbesar pernah direkodkan di Eropah.
00:12Nilai rampasan tersebut dianggarkan melebihi 812 juta euro atau sekitar 956 juta dolar Amerika.
00:21Rampasan itu mengatasi rekod terdahulu di Eropah iaitu 25 tan kokain yang dirampas polis Jerman di pelabuhan Hamburg pada Jun
00:292024.
00:30Ia juga lebih dua kali ganda daripada rekod terbesar rampasan dadah di Spanyol sebelum ini iaitu 13 tan kokain yang
00:38ditemui dalam perhantaran pisang dari Ecuador tahun lalu.
00:42Operasi itu dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Amerika dan Belanda.
00:46Siasatan awal percaya kokain berkenaan dirancang untuk dipindahkan di tengah laut menggunakan bot laju sebelum diseluduk masuk ke tanah besar
00:54Spanyol.
00:55Pihak polis turut menemui senjata api dan peluru di atas kapal tersebut.
01:00Enam kru juga ditemui bersembunyi ketika serbuan dijalankan.
Comments