Skip to playerSkip to main content
  • 54 minutes ago
Donald Trump memberi isyarat konflik AS-Israel dengan Iran mungkin berakhir tidak lama lagi ketika usaha pengantaraan antarabangsa dipergiat, termasuk rundingan melibatkan Qatar dan Pakistan di Tehran.

Transcript
00:00Presiden Donald Trump memberi bayangan bahawa Perang Amerika Syarikat Israel terhadap Iran dijangkakan berakhir dalam masa terdekat.
00:06Trump menyatakan Iran tidak akan memiliki senjata nuklear buat selama-lamanya dan pihaknya akan menamatkan perkara itu tidak lama lagi.
00:17Malah Trump turut memberi jaminan ketika berucap di New York bahawa rakyatnya akan menyaksikan angka yang belum pernah dilihat sebelum
00:23ini
00:24termasuk dari segi pertumbuhan dan penurunan kos termasuk harga kereta juga dijangka turun.
00:30Pada Jumaat, Agensi Berita Iran melaporkan bahawa satu delegasi Qatar sedang menggerakan rundingan dengan Menteri Luar Iran Abbas Araqchi di
00:37Teheran dalam usaha menamatkan perang itu menerusi pengantaraan Pakistan.
00:41Laporan itu muncul selepas Ketua Tentera Pakistan Phil Marshal Asim Munir tiba di Teheran sebagai sebahagian daripada usaha pengantaraan berterusan
00:49Islamabad untuk menamatkan perang itu.
00:51Menteri Dalam Negeri Pakistan Mohsen Naqvi pula berada di Teheran sejak dua hari lalu sebagai sebahagian daripada rundingan tidak langsung
00:59antara Amerika Syarikat dan Iran.
01:02Aktiviti diplomatik yang rancang itu berlaku ketika laporan menyebut bahawa perunding semakin bahampiri persetujuan untuk menamatkan perang berkenaan.
01:09Islamabad terus mempergiat proses pengantaraannya bagi memastikan pusingan kedua rundingan langsung antara kedua pihak dapat diadakan.
01:16Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended