Skip to playerSkip to main content
Jemaah haji Malaysia kini boleh menghantar kain ihram yang telah digunakan menerusi inisiatif Haji Lestari oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai usaha memupuk budaya sifar sisa menerusi pengurusan dan kitar semula barangan terpakai.

#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026
Transcript
00:00Jemaah Haji Malaysia kini boleh menghantar kain ihram yang telah digunakan menerusi inisiatif Haji Lestari oleh Lembaga Tabung Haji TH
00:08sebagai usaha memupuk budaya sifar sisa menerusi pengurusan dan kitar semula barangan terpakai.
00:14Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ha'ehwal Agama Dr. Zulkifli Hassan berkata langkah terbaru itu merupakan antara inisiatif kelestarian yang
00:22diperkasakan TH bagi menjadikan pengurusan Haji Malaysia lebih mesra alam selaras aspirasi VC Arab Saudi 2030.
00:32Katanya usaha itu juga bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada Jemaah Haji dan masyarakat dunia bahawa ibadah Haji turut mempunyai dimensi
00:39pemeliharaan alam sekitar yang perlu diberi perhatian.
00:44Kita ingin sampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga seluruh umat manusia lah kepada dunia bahawa Haji juga perlunya ada
00:56dimensi penjagaan alam sekitar dan penjagaan alam sekitar ini merupakan amanah dan tanggungjawab oleh seluruh umat manusia dan Haji ini
01:05merupakan salah satu daripada perkara yang perlu ditekankan juga daripada aspek menjaga alam sekitar.
01:12Alhamdulillah negara kita di antara yang paling terkehadapan dengan menyediakan satu ekosistem dan juga satu support sistem di mana kita
01:20mengitar semula sama ada recycling ataupun upcycling kain ihram dan barang-barang yang lain.
01:28Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Haji Lestari di Mekah.
01:34Inisiatif Haji Lestari memberi tumpuan kepada pengurusan kain ihram terpakai menerusi dua fasa utama iaitu penubuhan pusat pengumpulan khas di
01:43kemudahan penginapan Jemaah Haji di Mekah serta kawasan perkemahan di Mina.
01:48Fasa kedua pula melibatkan proses sekitar semula sebelum dijadikan produk bernilai tambah bagi mengurangkan pembaziran dan menyokong amalan kelestarian alam
01:58sekitar.
Comments

Recommended