Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah pekerja asing di negara ini yang kini melebihi dua juta orang wajar diberi perhatian serius kerana keadaan itu tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa kawalan.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Suri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada tenaga buruh asing yang murah untuk memacu
00:07pertumbuhan ekonomi negara.
00:09Menurut beliau, jumlah pekerja asing di negara ini yang kini melebihi 2 juta orang wajar diberi perhatian serius kerana keadaan
00:17itu tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa kawalan.
00:30Sebagai negara, kamu bergerak ke jalan, kemudian kamu merasakan bahawa kamu tidak boleh bergantung kepada tenaga buruh asing. Jadi, ada
00:37area yang kita perlu berbincang dengan kamu dan industri, bagaimana untuk memastikan kamu tetap kompetitif, tetapi pada masa yang sama,
00:47tidak perlu bergantung kepada tenaga buruh asing.
00:50Anwar turut menyatakan kerajaan sedang memperkukuh pembangunan model insan menerusi peluasan latihan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET serta
01:01institusi pengajian tinggi.
01:03Menurut beliau, langkah itu penting bagi memastikan keperluan tenaga kerja tempatan dapat dipenuhi selaras dengan perubahan landscape ekonomi global.
01:12Tambahnya, kerajaan juga akan terus berbincang dengan pihak industri bagi memastikan syarikat tempatan kekal kompetitif tanpa terlalu bergantung kepada pekerja
01:22asing.
01:23Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pengasas dan pengerusi eksekutif Topglove Corporation Berhad, Tan Sri Lim Weichai.
01:31Soalan itu dikemukakan semasa Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri ke-12 bertajuk Memacu Kedudukan Malaysia dalam gelombang baru aliran model
01:42global di Ibu Pejabat Suruhanjaya Security Malaysia di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Comments

Recommended