Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Jabatan Pendidikan Negeri Johor memaklumkan tindakan telah diambil susulan dakwaan gangguan seksual melibatkan seorang guru di Masai. Suspek berusia 28 tahun direman bagi membantu siasatan, manakala murid terlibat dilindungi Jabatan Kebajikan Masyarakat. JPN menegaskan tiada kompromi terhadap salah laku seksual di institusi pendidikan.
Transcript
00:00Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri JPN Johor dalam kenyataan memberitahu telah mengambil maklum mengenai pendedahan berkaitan tindakan tidak bermoral seorang
00:11guru terhadap seorang pelajar di Seri Alam Johor.
00:14JPN Johor juga menyeru kepada pihak polis supaya menjalankan siasatan dengan profesional agar sebarang tindakan undang-undang boleh diambil jika
00:23guru tersebut terbukti bersalah.
00:25Menurut JPN Johor, beberapa laporan polis juga telah dibuat oleh pihak sekolah berkenaan.
00:31Laporan yang dibuat itu telah membawa kepada penahanan reman terhadap seorang guru berumur 28 tahun yang didakwa melakukan gangguan seksual
00:39terhadap seorang pelajar perempuan.
00:42JPN Johor juga memaklumkan bahawa sepanjang proses siasatan dijalankan, guru berkenaan akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah.
00:50Pelajar sekolah berkenaan juga dilaporkan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
00:57Sehubungan itu, JPN Johor menegaskan bahawa jabatan itu tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di semua institusi pendidikan
01:06di bawah kelelaannya.
01:08Jelasnya, JPN Johor tidak akan teragak-agak untuk menjalankan tindakan tegas terhadap mana-mana individu di bawah pentadbirannya yang didapati
01:17bersalah terhadap kes seumpama ini.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended