Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Presiden AS Donald Trump berkata serangan lebih keras terhadap Iran mungkin dilakukan jika rundingan gagal, sambil menegaskan Washington tidak akan membenarkan Tehran memiliki senjata nuklear.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mungkin akan menyerang Iran dengan lebih keras bergantung kepada hasil rundingan semasa.
00:08Berucap kepada kadet di Akademi Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Trump berkata, Washington akan menilai keadaan terkini sebelum menentukan langkah seterusnya.
00:36Trump mengulangi pendekatan dua pilihan yang sering beliau gunakan sejak pengumuman gejata-senjata enam minggu lalu, sama ada mencapai perjanjian
00:44atau kembali kepada operasi ketenteraan.
00:46Beliau sebelum ini menyatakan rundingan dengan Iran kini berada di peringkat akhir namun memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan boleh diteruskan
00:56jika tiada persetujuan dicapai terutama berkaitan program nuklear Tehran.
01:01Trump menegaskan pendirian utama Amerika Syarikat kekal jelas bahawa mereka tidak mahu Iran untuk memiliki senjata nuklear.
Comments

Recommended