Skip to playerSkip to main content
Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, di Kampung Binjai, Banggu, Kota Bharu pada 13 April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Hakim Zikrullah Mohd Zamran, 25, dan Mohamed Eerman Daniel Mohamed Afrizal, 27, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780703/berita/semasa/dua-individu-didakwa-bunuh-muhammad-zakir-fikry

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #MuhammadZakirFikry #Mahkamah #Jenayah
Transcript
00:00Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Magistrik di Kota Baru pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki OKU pembelajaran Muhammad Zakir
00:09Fikri Muhammad Zainal, 20 tahun, di kampung Bincai, Bangu pada 13 April lalu.
00:15Kedua-dua tertuduh, Muhammad Hakim Zikrullah Muhammad Samran, 25 tahun dan Muhammad Irman Dania Muhammad Afrizal, 27 tahun, menganggut tanda
00:26faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Magistrik Rais Imran Hamid.
00:32Namun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:37Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka secara bersama didakwa membunuh Muhammad Zakir Fikri di sebuah rumah di kampung Bincai, Bangu.
00:46Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 11 malam.
00:50Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
00:58Kesalahan itu membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang
01:0612 kali jika sabit kesalahan.
01:09Pendawaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Muhammad Syamsul Ikmar Ramli manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
01:18Mahkamah menetapkan 6 Julai untuk sebutan semula kes.
01:21Sementara itu, Muhammad Hakim Zikrollah dan Muhammad Irman Daniel serta dua lagi individu iaitu Muhammad Arif Muhammad Zuki 25 tahun
01:31dan Muhammad Aiman Shah Muhammad Azizi 26 tahun mengaku tidak bersalah di mahkamah Seksyen Kota Baru
01:38atas pertuduhan melupuskan mayat seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa bunuh di kampung Cap Bekelam, Bacok bulan lalu.
01:46Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama menyebabkan kehilangan kecerangan berhubung kesalahan bunuh terhadap Muhammad Zaki Fikri.
01:55Mengikut pertuduhan pindaan, kesalahan itu didakwa dilakukan pada 14 April lalu kira-kira jam 3.30 pagi di tepi jalan,
02:03Kapun Cap Bekelam, Bacok.
02:04Kesemua tertuduh didakwa mengetahui satu kesalahan bunuh telah dilakukan sebelum bertindak membuang mayat mangsa ke tepi jalan dengan niat mengelakkan
02:13Muhammad Hakim Zikrollah dan Muhammad Irman Daniel daripada dikenakan tindakan mengikut undang-undang.
02:21Pendawaan dikemukakan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
02:28Hakim Zulkifli Abdullah kemudian memaklumkan bahawa kes tersebut tidak boleh dijamin dan kesemua tertuduh mengaku faham mengenai perkara itu.
02:38Pendawaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Nur Kamilah Cik Ibrahim manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.
02:45Terdahulu, Nur Kamilah tidak menawarkan jaminan kepada kesemua tertuduh kerana kes tersebut tidak boleh dijamin.
02:51Mahkamah kemudian tidak membenarkan keempat-empat tertuduh dikacamin selain meletakkan 25 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Comments

Recommended