00:00Baik, akhir sekali Republik Demokratik Kongo atau DRC merekodkan sekurang-kurangnya 246 kes di caki Ebola melibatkan strain Bundi Bugio
00:09dan 80 kematian di wilayah Timur Ituri.
00:12Menurut Menteri Kesehatannya Dr. Samuel Roger, wabak tersebut disahkan minggu ini selepas pihak berkuasa menerima amaran awal melalui media sosial
00:19sebelum pasukan respon kecemasan digerakkan ke lokasi.
00:23Ujian makmal kemudiannya mengesahkan kehadiran strain Bundi Bugio yang mencetuskan kebimbangan kerana tiada vaksin khusus yang diluluskan setakat ini bagi
00:32menangani jenis virus tersebut.
00:34Kes-kes telah dikenalpasti di beberapa zon kesihatan termasuk Bunia, Ruang Parah dan Mongbalu yang terletak berhampiran sempadan Uganda sekaligus
00:43meningkatkan risiko penularan rentas sepadan ekoran pergerakan penduduk yang kerap.
00:47Wabak ke-17 Ebola di Kongo ini berlaku dalam keadaan sistem kesihatan negara berdepan tekanan akibat konflik bersenjata berterusan dan
00:55kekurangan kemudahan perubatan.
00:57Kongo telah mengalami beberapa wabak Ebola sebelum ini termasuk antara yang paling besar di dunia antara 2018 hingga 2020 yang
01:05menjejaskan wilayah Ituri dan Nofkivu.
01:07Pihak berkuasa kini melaksanakan pengesanan kes aktif, siasatan kematian terdahulu dan langkah pengasingan bagi memastikan wabak tidak merebak dengan lebih
01:16luas.
01:17Terima kasih.
Comments