Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kementerian Kesihatan Malaysia akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pengecualian cecair dan gel nikotin daripada Akta Racun 1952, dengan kerajaan menegaskan isu itu masih perlu diperhalusi melalui proses undang-undang.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan akan mengembukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi mengenai pengecualian nikotin daripada Akta Racun 1952.
00:11Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa menegaskan proses rayuan penting bagi memperjelas tafsiran undang-undang serta dasar kerajaan
00:20berkaitan kawalan produk merokok.
00:24Katanya menerusi hantaran di Facebook, beliau dimaklumkan tentang keputusan tersebut dan menifatkan rayuan sebagai langkah penting untuk membetulkan tafsiran kuasa
00:33eksekutif menteri dalam membuat keputusan dasar.
00:36Dr. Zaliha berkata terlalu awal untuk merumuskan apa-apa kesimpulan kerana proses rayuan masih akan berlangsung di Mahkamah.
00:43Menurutnya keputusan pada tahun 2023 itu merupakan langkah berani bagi menangani lambatkan produk vape berkandungan nikotin yang berleluasa di pasaran
00:53gelap pada waktu itu.
00:55Beliau menjelaskan pengecualian tersebut dibuat bagi membolehkan industri vape dikawal termasuk melalui pemantauan rantaian bekalan dan pengenaan cukai.
01:04Akta kawalan produk merokok demi kesihatan awam 2024 kini telah berkuat kuasa bagi mengisi lompang perundangan terdahulu.
01:12Mahkamah Tinggi pada Jumaat membenarkan semakan kehakiman oleh tiga NGO yang mencabar keputusan kerajaan pada 2023 berhubung pengecualian nikotin daripada
01:22senarai racun.
Comments

Recommended