00:00Kerajaan terus memantau situasi pasukan sukarelawan global Sumut Frotila GSF sekiranya dipintas oleh rejim Zionis.
00:08Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan sedaya upaya berhubung secara langsung dengan kerajaan Jordan dan Arab Saudi
00:15untuk mengetahui keadaan terkini peserta selain bersiap-siaga seandainya situasi tidak diingini berlaku.
00:22Menurutnya, selain pemantauan dan kerjasama antara negara lain, pihaknya juga bersedia untuk berlaku sebarang pintasan oleh rejim Zionis.
00:30Beliau berkata demikian ketika disoal mengenai kenyataan Sumut Nusantara Command Center yang mengesahkan keadaan genting 54 kapal GSF yang kini
00:39berada di garisan kuning 2
00:40iaitu kira-kira 340 batu notika dari pantai Gaza dan berisiko tinggi dipintas oleh rejim Zionis seperti sebelum ini.
00:48Ditanya jika rombongan itu benar-benar dipintas oleh Zionis, Anwar menyeru seluruh rakyat Malaysia berdoa perkara itu tidak berlaku.
00:56Misi GSF kali ini melibatkan hampir 500 peserta antarabangsa dari 45 negara termasuk 29 rakyat Malaysia yang digerakkan oleh pelbagai
01:05kumpulan aktivis kemanusiaan dunia.
Comments