00:00Angkatan Tentera Malaysia ATM menubuhkan pasukan khas anti-buli ATM sebagai langkah tegas dan menyeluruh bagi membanteras gejala buli dalam
00:09organisasi pertahanan negara.
00:11ATM dalam satu kenyataan memalumkan penubuhan pasukan khas itu juga bertujuan untuk memperkukuh budaya profesionalisme, disiplin serta tata kelola organisasi
00:20selaras dengan aspirasi kepemimpinan tertinggi ATM.
00:25Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan diilhamkan Panglima Angkatan Tentera, Gen. Dato' Malik Razak Sulaiman menerusi tonggak tata kelola tuntas integriti
00:35terpelihara dalam perintah ulung beliau.
00:37Katanya budaya buli tidak boleh dikompromi kerana bukan sahaja menjejaskan disiplin dan moral anggota, malah boleh memberi implikasi terhadap kesiapsiagaan
00:46operasi serta imej institusi pertahanan negara.
00:50Pasukan khas itu akan melaksanakan penilaian meneluruh terhadap tren dan situasi kes buli dalam organisasi tersebut, termasuk menilai keberkesanan dasar,
00:59prosedur operasi standar atau SOP, mekanisme pelaporan serta penguatkuasaan sedia ada.
01:04Pasukan khas itu turut menghimpunkan wakil daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM yang melibatkan darat, laut dan udara, selain bahagian
01:14berkepentingan termasuk aspek perundangan, polis centra, psikologi, kaunseling dan pengurusan risiko.
01:20Sebagai langkah awal, ATM sedang menjalankan analisis data kes buli dari tahun 2022 hingga April 2026 bagi mengenalpasti tren semasa
01:30serta faktor penyumbang selain melaksanakan lapangan ke unit berisiko tinggi.
01:35Sebagai langkah awal, ATM sedang menjalankan analisis data kes buli dari tahun 2022 hingga April 2026 bagi mengenalpasti tren semasa
01:45serta faktor penyumbang selain melaksanakan lawatan lapangan ke unit berisiko tinggi.
01:50Dalam masa sama, ATM turut membangunkan pelan tindakan strategik anti-buli ATM bagi memperkukuh struktur pelaporan, pemantauan dan tindakan pencegahan
02:00secara berterusan.
02:01ATM juga menyediakan beberapa saluran rasmi aduan termasuk talian telefon, email rasmi, sistem SISPA ATM dan aduan bersemuka melalui bahagian
02:11Inspektorat General ATM bagi memastikan setiap laporan diurus secara profesional tanpa kompromi.
Comments