Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Presiden Indonesia itu berkata penyusutan nilai rupiah tidak memberi kesan langsung kepada kebanyakan rakyat terutama di desa yang lebih menumpukan kepada keperluan asas seperti makanan dan tenaga.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Presiden Indonesia Prabowo Subianto memberi reaksi santai terhadap kejatuhan nilai rupiah berbanding dolar Amerika Syarikat dengan memaklumkan rakyat di
00:09kawasan luar bandar tidak menggunakan mata wang asing itu dalam kehidupan harian mereka.
00:14Prabowo berkata penyusutan nilai rupiah tidak memberi kesan langsung kepada kebanyakan rakyat, terutama di desa yang lebih menumpukan kepada keperluan
00:21asas seperti makanan dan tenaga.
00:26Entah apa saya tidak mengerti. Sebentar-sebentar Indonesia akan kolaps, akan kaos, akan apa. Rupiah begini, dolar begini. Orang rakyat
00:40di desa tidak pakai dolar kok. Pangan aman, energi aman. Banyak negara panik, Indonesia masih okey.
00:52Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muzium Marsinah di Nganjuk, Jawa Timur pada Sabtu.
00:58Dalam ucapannya, beliau turut menyindir pihak yang sering menggambarkan ekonomi Indonesia sedang menuju kehancuran hanya kerana nilai rupiah terus melemah.
01:07Tegas Prabowo, ketahanan ekonomi Indonesia masih berada dalam keadaan baik dan stabil, terutama dalam sektor makanan dan tenaga di tengah
01:14ketidaktentuan global.
01:16Dalam ucapan sama, beliau turut menyentuh soal kesetiaan republik itu dengan mendakwa rakyat biasa masih setia kepada negara, sebaliknya ada
01:24pemimpin yang gagal menjaga kepentingan rakyat selepas memperoleh kuasa.
01:29Nilai tukar rupiah dilaporkan berada pada paras sekitar Rp17,592 berbanding Rp1 Amerika pada Sabtu selepas mencecah Rp17,614 sehari
01:40sebelumnya.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended