Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Kerajaan tidak menggunakan klasifikasi pendapatan seperti T20 secara ketat dalam merangka dasar subsidi kerana pendekatan itu tidak mencerminkan realiti ekonomi sebenar rakyat secara menyeluruh, menurut Menteri Ekonomi.
Transcript
00:00Kerajaan tidak mengklasifikasikan secara ketat kumpulan pendapatan seperti T20 dalam rangka dasar subsidi.
00:08Menteri Ekonomi Akhman Nasrullah Muhammad Nasir berkata pihaknya mengelak penggunaan klasifikasi tersebut kerana ia tidak mencerminkan realiti sebenar ekonomi secara
00:17menyeluruh.
00:21Cabarannya adalah menentukan threshold ataupun tahap yang mana sebenarnya boleh kita guna pakai.
00:29Malah saya tidak pernah menggunakan terma T sana T sini sebab pandangan Kementerian Ekonomi perkara ini adalah lebih relevan, lebih
00:39rapat kalau kita tengok dengan lebih menyeluruh.
00:41not to give that classification that people can argue from different perspective sebab kita tahu juga semakin kita memahami keadaan
00:52ekonomi perbandingan itu bukan semata-mata dari segi pendapatan tapi juga dari segi perbelanjaan asas wajar dan sebagainya.
01:01Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Kerjasama Strategik Kementerian Ekonomi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MyWips di bawah program Inisiatif
01:11Pendapatan Rakyat, Inisiatif Usahawan Makanan, IPR Insan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini pada Sabtu.
01:19Ditanya mengenai pertemuan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan rakan sejawatannya Xi Jinping.
01:24Akman Nasrullah berkata sebarang perkembangan di peringkat global termasuk hubungan antara kuasa besar dunia sentiasa dipantau.
01:33Ujar beliau keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan ketahanan ekonomi negara kekal stabil.
01:39Kita menyahut dan berterima kasih kepada Kementerian Ekonomi yang mengundang untuk melakukan kerjasama dan IPR Insan ini
01:46di mana kita akan mengoperasikan program ini di peringkat Wilayah Persekutuan.
01:53Majlis Agama Islam akan membangunkan usahawan asnaf dan kita akan memberikan modal di mana Kementerian Ekonomi akan menyediakan mesin
02:01dan juga sedikit insentif untuk sewa. Jadi kita akan bekerjasama, kita sediakan usahawan asnaf, kita berikan modal.
Comments

Recommended