00:00Kita mulakan Bulutin Awani Jam ini dengan laporan politik Perikatan Nasional melantik pengurusinya Datuk Seri Ahmad Samsuri Mukhtar sebagai ketua
00:06pembangkang yang baru, menggantikan penyandang Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
00:11Pelantikan Ahli Parlimen Kemaman itu diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi PN kali ke-2 tahun 2026 yang berlansung di sebuah
00:19hotel di Ibu Negara hari ini.
00:23Setia Usaha Agong PN, Datuk Seri Takiuddin Hassan berkata mesyuarat yang dipengerusikan Ahmad Samsuri turut dihadiri semua ahli majlis tertinggi
00:32daripada parti komponen gabungan itu.
00:34Mesyuarat itu bersetuju melantik Ahmad Samsuri untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua pembangkang Parlimen.
00:40Dalam perkembangan sama, mesyuarat turut bersetuju secara prinsip menerima kerja sama pilihan raya atau electoral pack bersama parti tertentu yang
00:49mempunyai keserasian perjuangan dan kepentingan bersama dengan gabungan itu.
00:53Selain itu, PN turut mengumumkan pelantikan pengerusi gabungan itu di setiap negeri termasuk Datuk Seri Syahidan Kasim bagi Perlis, Datuk
01:02Seri Muhammad Sanusi Maknur Kedah, Datuk Dominic Lau Hocai Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Perak dan Datuk Seri
01:10Muhammad Azmin Ali bagi Selangor.
01:12Datuk Muhammad Razi Jidin pula dilantik menerajui Melaka dan wilayah Persekutuan.
01:17Bagi Negeri Sembilan, pelantikan pengerusi negeri ditangguhkan.
01:21PN berkata gabungan itu akan terus memainkan peranan sebagai selamat dan imbang yang bertanggungjawab, konstruktif dan berprinsip demi memastikan kepentingan
01:30rakyat serta masa depan negara sentiasa diutamakan.
Comments