Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Walaupun sentimen pasaran kekal agak positif, namun pelabur dijangka terus sensitif terhadap sebarang perkembangan berkaitan pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping baru-baru ini.

Transcript
00:00Bursa Malaysia dijangka mencatatkan dagangan dengan kecenderungan kenaikan sederhana minggu ini,
00:05memandangkan pelabur terus menilai pelbagai perkembangan geopolitik luaran yang kompleks.
00:10Kalangan pelabur turut meneliti keadaan makroekonomi domestik yang kekal kukuh
00:14serta pemangkin keuntungan penting daripada sektor teknologi AS.
00:21Pengarah dan peanalisi strategi pelaburan dan ekonomi IPPFA Sedihan Perhat,
00:26Mohd Siddiq Jantan berkata, walaupun sentimen pasaran kekal agak positif,
00:31namun pelabur dijangka terus sensitif terhadap sebarang perkembangan
00:34berkaitan pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping baru-baru ini.
00:41Beliau berkata ini khususnya selepas tiada perjanjian perdagangan rasmi
00:45atau kemajuan dasar yang penting dicapai daripada perbincangan itu.
00:49Ketiadaan kerangka perdagangan yang mutamat menyebabkan pasaran terdedah
00:53kepada ketidaktentuan yang didorong laporan berita.
00:56Beliau berkata ini memandangkan kecenderungan Trump sebelum ini
00:59untuk membuat kenyataan yang mempengaruhi pasaran
01:02selepas lawatan luar negara berbanding semasa mesyuarat atau pertemuan itu berlangsung.
01:07Jelasnya, sebarang retorik baharu berkaitan tarif,
01:10sekatan teknologi atau dasar perdagangan melibatkan China pada hujung minggu atau minggu depan
01:15boleh mempengaruhi minat risiko serantau dengan pantas,
01:18termasuk sentimen terhadap ekuiti Malaysia.
01:22Mohd Siddiq juga berkata prestasi kadar keluaran dalam negara kasar KDNK Malaysia
01:27bagi suku pertama 2026 yang lebih baik daripada jangkaan
01:31mengukuhkan keyakinan terhadap daya tahan ekonomi domestik.
01:36Beliau berkata prestasi itu disokong oleh penggunaan swasta yang teguh,
01:40keadaan pasaran guna tenaga yang stabil dan momentum perbelanjaan isi rumah yang berterusan.
01:45Angka pertumbuhan terkini itu menunjukkan permintaan domestik kekal
01:49sebagai tonggak berstabilan penting bagi ekonomi,
01:52walaupun ketidaktentuan luaran masih berlanjutan katanya.
01:56Bagaimana penuh ujah beliau, data KDNK yang lebih kukuh
01:59tidak sepenuhnya melindungi Malaysia daripada peningkatan risiko global,
02:03khususnya ketegangan geopolitik di ekonomi utama
02:06dan kenaikan semula harga minyak mentah global baru-baru ini
02:09yang akhirnya boleh mempengaruhi jangkaan inflasi,
02:12dinamik fiskal dan sentimen perdagangan luar.
02:16Berasaskan mingguan, Foksi Bursa Malaysia KLCI
02:19susut 7.84 mata kepada 1,740.22 daripada 1,748.06 pada minggu lepas.
02:31Jumlah dagangan mingguan menokok kepada 21.10 bilion unit
02:35bernilai 16.89 bilion ringgit
02:38daripada 16.99 bilion unit
02:41bernilai 16.37 bilion ringgit minggu lepas.
Comments

Recommended