00:07Sistem Pemantauan Keuangan Organisasi
00:35Menurut beliau keadaan itu menyebabkan tiada pemantauan secara langsung dilakukan terhadap proses kutipan, penyimpanan, penggunaan dan pengagihan dana yang diterima
00:43organisasi terbabit.
01:00Ini secara umum. Tapi yang tidak ada ialah pemantauan secara langsung tentang yang saya sebut tadi kutipan, penggunaan, pengagihan dan
01:14juga penyimpanan dan cara ianya disimpan keuangan yang diterima.
01:19Sumber keuangan dari mana, di mana disimpan, bagaimana disimpan, ke mana diagihkan. Ini semua tidak ada pemantauan secara langsung.
01:32Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi pada Isnin.
01:35Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata antara cabaran utama dalam penyelarasan pemantauan NGO ialah kewujudan pelbagai kaedah pendaftaran organisasi di negara
01:43ini.
01:43Katanya selain NGO yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ROS, terdapat juga organisasi yang beroperasi sebagai NGO tetapi
01:52didaftarkan di bawah Suluhanjaya Syarikat Malaysia SSM sebagai syarikat berhad menurut jaminan.
01:57Menurut beliau, terdapat juga NGO yang didaftarkan sebagai yayasan melalui pelbagai saluran termasuk Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Tentu dan Kelusan
02:05Kuasa Menteri.
02:06Tapi ada NGO yang lain yang juga didaftarkan asalnya sebagai kooperasi misalnya di bawah Pendaftaran Kooperasi, di bawah Kementerian Kooperasi.
02:17Dan kemudian menjalankan aktiviti seperti NGO. Jadi semua ini ada.
02:23Semua ini ada. Inilah sebenarnya salah satu daripada sebab mengapa tidak ada pemantauan yang berstruktur dan jelas.
02:33sebab banyak cara untuk didaftar dan di bawah undang-undang dan peraturan yang sedikit berbeza-beza.
02:39Dan ini merupakan satu perkara yang harus dilihat dengan serius dan harus juga dicari penyelesaian.
02:49Beliau berkata walaupun garis panduan dan peraturan sedia ada wujud ketiadaan satu rangka undang-undang yang mengharmonikan semua sistem pendaftaran
02:56menyebabkan pemantauan sukar dilaksanakan secara menyeluruh.
02:59Tambah beliau, kebanyakan sistem ketika ini banyak bergantung kepada tanggungjawab NGO sendiri untuk melaksanakan audit dalaman dan audit luaran.
03:06Of course, ada yang melakukannya dengan baik dan dengan telus.
03:12Tapi kita mengharapkan perkara yang besar ke atas bahu NGO yang kadangkala untuk adil kepada NGO pula ada yang tidak
03:24mempunyai kapasiti ataupun keupayaan untuk menjalankan proses seperti audit ini.
03:34Dalam masa sama, beliau turut membangkitkan persoalan sama ada proses penubuhan NGO di Malaysia ketika ini terlalu mudah sehingga aspek
03:41tata kelola dan keupayaan pengurusan kewangan tidak diberikan perhatian secukupnya.
03:45Beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan satu platform berpusat bagi membolehkan NGO mengemukakan laporan kewangan secara terbuka dan memudahkan audit dijalankan
03:53oleh badan pengawas selia sekiranya perlu.
Comments