Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Global Sumud Flotilla melaporkan kehadiran kapal dan dron tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke Gaza bagi menghantar bantuan kemanusiaan, meningkatkan kebimbangan keselamatan di Laut Mediterranean.

Transcript
00:00Kapal-kapal global sumut Flotilla melaporkan mengesan kehadiran kenderaan laut dan drone tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke Gaza pada
00:07Isnin.
00:08Menurut kenyataan Flotilla di PlatformX, beberapa aset dikesan berada di hadapan, belakang dan sisi konvoi, termasuk kapal tentera laut dan
00:16bot laju, sekaligus mencetus kebimbangan keselamatan dalam kalangan anggota misi.
00:24Dalam kenyataan berasingan, pusat krisis Flotilla teruk memaklumkan terdapat pergerakan drone dan unsur ketenteraan di sekitar kawasan pelayaran.
00:32Perkembangan itu berlaku selepas konvoi berkenaan memasuki perairan antarabangsa laut Mediterranean.
00:38Global sumut Flotilla 2026 sebelum ini dilaporkan dipintas oleh tentera Israel berhampiran Crete pada 29 hingga 30 April dengan salah
00:46satu serangan dilaporkan berlaku kira-kira 600 batu nautika dari destinasi.
00:51Setakat ini, belum ada pengesah rasmi mengenai identiti aset yang dikesan berhampiran Flotilla tersebut.
00:56Namun, kehadiran unsur ketenteraan di kawasan operasi menimbulkan kebimbangan bahawa misi bantuan berkenaan mungkin berdepan sekatan atau gangguan lanjut ketika
01:04usaha antarabangsa untuk memastikan akses bantuan kemanusiaan ke Gaza terus diperdebatkan.
Comments

Recommended