Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Isu pengiktirafan UEC dan implikasinya terhadap Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Isu UEC bukan sekadar soal sijil peperiksaan atau laluan ke IPTA semata-mata. Ia menyentuh persoalan yang jauh lebih besar — tentang identiti negara, kedudukan Bahasa Melayu, falsafah pendidikan nasional, serta arah tuju pembinaan Bangsa Malaysia.

Ada pihak melihat pengiktirafan UEC, walaupun secara bersyarat, sebagai langkah pragmatik dalam masyarakat majmuk dan inklusif. Namun ada juga yang melihatnya sebagai titik mula kepada penghakisan prinsip asas Dasar Pendidikan Kebangsaan yang dibina sejak era Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib.

Ikuti ulasannya bersama Felo Bersekutu MINDA UKM, Dr Anuar Ahmad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, untuk waktu jam ini kita akan membincangkan satu isu yang sudah lama menjadi polemik nasional
00:05tapi kini kembali hangat diperdebatkan iaitu isu berkaitan dengan UEC dan implikasinya terhadap dasar pendidikan kebangsaan
00:14dan isu ini bukan sekadar soal sijil peperiksaan atau laluan ke IPTA semata-mata
00:21ia pastinya mendasar jauh menyentuh persoalan yang jauh lebih besar tentang identiti negara
00:27kedudukan bahasa Melayu, falsafah pendidikan nasional serta arah tujuh pembinaan bangsa Malaysia
00:33dan kita tahu juga dua hari lalu menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
00:39di mana ada mengeluarkan kenyataan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan
00:44ke institusi pendidikan tinggi awam dan mungkin saya boleh bacakan sedikit antara intipati penting dalam kenyataan ini
00:50di mana mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju bagi calon-calon aliran tersebut
00:54yang mengambil mata pelajaran bahasa Melayu dan sejarah yang dikendalikan oleh LPM
00:58dan diperakui oleh KPM
01:00boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program-program tertentu di IPTA
01:03yang telah dikenalpasti berdasarkan kesesuaian bidang pengajian dan keperluan semasa
01:08dan isu perdebatan ini semakin hangat diperkatakan di media sosial secara amnya
01:13dan untuk waktu jam ini adalah lebih molek untuk saya terus bersama dengan
01:17Dr. Anwar Ahmad, fellow bersekutu Minda UKM
01:20untuk kita sama-sama mendalami cabaran kepada dasar pendidikan negara
01:24berdasarkan kepada pengumuman yang dibuat oleh KPT untuk dua hari yang lepas
01:28Assalamualaikum Dr. Anwar
01:30Assalamualaikum Dr. Anwar
01:32Baik Dr. Anwar, kita tahu ya dasar pendidikan kebangsaan
01:35merupakan kerang-kerang rasmi yang membentuk sistem pendidikan negara
01:38berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan, Laporan Razak, Laporan Rahmat Taib
01:42dan juga Falsafah Pendidikan Kebangsaan
01:44dan dalam dasar pendidikan kebangsaan itu secara jelas tidak mengiktiraf UEC
01:49seperti yang kita semua tahu
01:50dan di sebalik pengumuman yang dibuat oleh KPT dua hari lalu
01:54apakah asas kepada pengumuman tersebut untuk permulaan ini?
01:57Dr. Anwar
01:58Baik, terima kasih Syaf
02:00Yang pertama sekali saya mengambil maklum pengumuman yang telah dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi
02:06tapi sebelum itu izinkan saya untuk berkongsi latar berkaitan dengan isu ini
02:11supaya kita lebih memahami tentang keperluan sebuah dasar pendidikan kebangsaan
02:17kita adalah sebuah negara majmuk
02:20jadi itu realiti yang dihadapi oleh negara kita
02:23jadi apabila sebuah negara majmuk
02:25antara perkara yang menjadi kepentingan kepada perbentukan negara kita adalah soal perpaduan
02:32soal hidup bersama
02:34kerana kita mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya, cara hidup, cara fikir, adat resab dan sebagainya
02:42jadi dalam ruang pendidikan
02:44tidak seperti negara-negara yang mungkin homogen
02:47misalnya negara di Eropah dan sebagainya
02:49mereka hanya mempunyai dua matlamat pendidikan
02:52yang pertama tujuan pendidikan adalah untuk meningkatkan ekonomi, pendapatan melalui pendapatan pekerjaan dan sebagainya
02:59jadi mobiliti sosial berlaku dalam ruang pendidikan
03:03yang keduanya mereka perlukan pendidikan untuk membina warga negara yang civilized, yang good citizen
03:08supaya mereka dapat hidup dalam sebuah negara yang civil, bersiva
03:13tetapi di negara kita, di sebuah negara yang majmuk, kita mempunyai satu lagi objektif
03:19iaitu pendidikan itu mesti membina perpaduan di dalam kalangan masyarakat yang majmuk
03:25sebab itu kalau kita lihat secara latarnya daripada tahun 1956
03:29sebelum kita merdeka lagi
03:31apa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang mahu menyambut kemerdekaan itu adalah
03:35mereka telah menyediakan satu laporan yang disebut sebagai laporan pelajaran Razak
03:41dan laporan pelajaran Razak itu kalau kita baca keseluruhannya kita akan dapati bahawa
03:46keseluruhan tujuan pendidikan di negara kita pada peringkat awal mestilah membina perpaduan
03:52sebab itu antara agenda besar dalam pendidikan negara kita
03:56tidak seperti negara-negara yang mungkin berbeza dengan negara kita
03:59negara kita menekankan soal perpaduan
04:02dan bagaimana perpaduan itu untuk dibina di negara kita
04:05kita telah mewujudkan apa yang dipanggil sebagai dasar pendidikan kebangsaan
04:10dan di dalamnya apa yang disebut oleh Syaf tadi
04:12menghormati perlembagaan, ada akta, ada laporan pendidikan dan sebagainya
04:18dan mengapa dasar ini penting?
04:20kerana dasar inilah yang dikongsi bersama oleh seluruh rakyat
04:24supaya kita mencapai satu kesepahaman
04:27tolak ansur, bekerjasama di bawah satu payung pendidikan yang kita gagaskan di dalam
04:35dasar pendidikan kebangsaan
04:37baik, sedikit lagi Syaf, apa yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan?
04:41ada tiga agenda besar yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan
04:45untuk menjayakan perpaduan dan juga keharmonian masyarakat di negara
04:49yang pertama, di bawah dasar pendidikan kebangsaan kita menggagaskan anak-anak di sekolah-sekolah kita
04:56mestilah berkongsi kurikulum yang sama
04:58walaupun mereka datang dari sekolah yang berbeza
05:00tapi mereka berkongsi kurikulum yang sama
05:03mereka belajar ilmu yang sama, subjek yang sama
05:06itu yang pertama
05:07yang keduanya, mereka menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar pendidikan
05:12mereka berkongsi satu bahasa pendidikan yang sama
05:15iaitu bahasa Melayu
05:17yang ketiganya, mereka berhadapan ataupun perlu mengambil perperiksaan kebangsaan yang sama
05:23jadi, adil pada semua anak-anak mengambil satu perperiksaan yang setara
05:29yang kita panggil sebagai perperiksaan yang sama ada SPM, STPM atau sebagainya
05:35dan ketiga-tiga itulah, kurikulum yang sama, bahasa pengantar yang sama
05:40dan juga perperiksaan yang sama, itu yang telah membina
05:43apa yang kita panggil sebagai dasar pendidikan kebangsaan
05:46jadi, untuk menjayakan dasar pendidikan kebangsaan ini, kita mesti mencapai ketiga itulah
05:51jadi, apabila ada keadaan di mana wujud sistem ataupun aliran
05:57aliran persekolahan yang tidak menepati
06:00bukan sahaja satu, dua atau tiga malah kesemuanya
06:04tidak menepati, kurikulumnya berbeza, bahasa pengantarnya berbeza
06:08perperiksaan yang berbeza, maka ia berada di luar daripada sistem pendidikan
06:14kebangsaan. Dan ini pasti akan menjejaskan agenda yang telah diaturkan
06:21ataupun yang telah dirancang sejak kita mereka untuk membina satu masyarakat
06:26yang bersatu padu, berkonsif pengalaman persekolahan yang sama
06:30berada di alam persekolahan yang sama dan sebagainya. Jadi, pada peringkat awal ini
06:34dasar pendidikan kebangsaan ini sangat penting kepada negara kita
06:38yang mempunyai masyarakat yang majmuk.
06:41Doktor, adakah doktor melihat ya, pengumuman dibawa oleh Kementerian
06:46Pendidikan Tinggi ini merupakan satu langkah kecil kerajaan
06:50dalam mengubah dasar pendidikan kebangsaan, doktor?
06:53Ya, itu yang menjadikan polemik kepada perbicaraan sama ada
06:59kelulusan ini ataupun kebenaran membenarkan CJUEC ini untuk mereka
07:04gunakan di dalam permohonan masuk IPT itu mencabar ataupun telah
07:11menggugat dasar pendidikan kebangsaan. Kalau kita baca dasar itu sendiri
07:15kita akan dapati memang dasar pendidikan kebangsaan tidak mengiktiraf
07:19UEC kerana tiga perkara tadi. Bahasa pengantarnya bukan bahasa
07:24pelayu, kerikulumnya bukan kerikulum kebangsaan yang ketiganya
07:28mereka tidak mengambil perperiksaan kebangsaan sebaiknya mereka
07:31menggunakan CJUEC. Jadi apabila ia tidak memenuhi ketiga-tiga dasar
07:38tadi maka UEC itu berada di luar daripada sisi pendidikan kebangsaan.
07:42Sekali wujud permintaan daripada pihak yang mengendarikan UEC untuk
07:47mereka memohon supaya CJUEC itu boleh digunakan untuk memohon ke
07:53APT. Apa yang dibuat oleh kerajaan yang pada saya sangat
07:56berhati besar walaupun kerajaan KPT khususnya tahu bahawa ini akan
08:02menyebabkan masyarakat berpolemik, berbincang tetapi KPT mengambil
08:07jalan tengah yang saya rasa baik di mana mereka mengatakan bahawa
08:11jika mahu mengundurkan UEC tetapi mestilah ada syarat-syarat yang
08:16mesti dipenuhi supaya ia menghormati dasar pendidikan kebangsaan.
08:20Antaranya kalau misalnya mereka mahu memohon ke APT dalam kursus-kursus
08:26yang telah ditetapkan mereka mestilah lulus bahasa Melayu dan juga
08:30sejarah. Kerana bahasa Melayu dan sejarah itu mewakili sekurang-kurangnya
08:37kurikulum yang sama dalam sejarah dan bahasa Melayu. Bahasa pengantar
08:41untuk pengajaran bahasa Melayu itu adalah bahasa Melayu. Yang ketiganya mereka
08:46mengambil perpisahan SPM selain daripada UEC. Jadi pada saya
08:49tindakan yang telah dibuat oleh Jemaat Menteri itu adalah satu
08:52tindakan yang tepat, yang betul untuk mengambil kira permintaan
08:58daripada pihak yang mengendalikan UEC. Tetapi tentu saja di peringkat
09:02bawah, di peringkat masyarakat, mereka melihat tindakan ini sebagai
09:05satu tindakan yang mencabar dasar pendidikan kebangsaan dan saya
09:09nak menafikan bahawa pandangan masyarakat itu juga mempunyai
09:15relevansinya, mempunyai kekuatannya. Kerana selama ini
09:19anak-anak yang lain belajar di sekolah kebangsaan. Mereka
09:22mengambil kurikulum kebangsaan. Mereka belajar di dalam alam
09:27persekolah kebangsaan. Termasuk juga anak-anak dalam masyarakat
09:30kaum Cina, kaum India dan juga bukan bui putera yang lain yang
09:35belajar di sekolah menengah kebangsaan. Mereka juga belajar dalam
09:38kurikulum kebangsaan dan semua. Mengapa tiba-tiba apabila
09:42memohon ke universiti, ada pihak lain juga yang diberi pilihan.
09:47Misalnya, saya pengen berbual dengan rakan-rakan daripada kaum
09:51Cina. Kalau mereka katakan bahawa kerajaan boleh mengiktiraf
09:55UEC. Pada pandangan mereka, lebih baik anak mereka berada di
09:59aliran UEC. Kerana itu lebih mudah untuk anak mereka belajar
10:03dalam bahasa ibu da. Berbanding sekarang mereka terpaksa belajar
10:06dalam bahasa Melayu. Untuk untuk menduduki pemeriksaan
10:10STPM dan sebagainya. Jadi pada saya, tindakan-tindakan
10:15mendesak kerajaan supaya mengiktiraf apatah lagi mengiktiraf
10:19sepenuhnya UEC itu adalah satu tindakan yang tidak wajar. Walaupun
10:24kita menghormati keputusan kerajaan yang mengambil sikap jalan
10:30tengah iaitu boleh menggunakan UEC dengan carat mestilah ada
10:37kelurusan dalam sejarah dan juga bahasa Melayu SPM. Jadi saya rasa
10:41tindakan yang dibuat oleh kerajaan itu adalah satu tindakan
10:43tengah untuk cuba menenangkan semua pihak supaya semuanya berada
10:49dalam keadaan yang menang-menang. Semua mendapat bahagian yang
10:51sepatutnya mereka proli.
10:53Doktor, saya nak tambah juga, kita masih lagi berpegang kepada
10:57latar belakang dasar pendidikan kebangsaan ini. Doktor, bagaimana
11:01doktor melihatnya pengumuman yang dibuat dua hari lalu juga?
11:03Adakah pengumuman ini bersifat akademik dan teknikal atau
11:06sebenarnya membawa implikasi yang lebih besar terhadap sistem
11:10pendidikan negara atau adakah ini sebenarnya berpotensi untuk
11:13mewujudkan dualisme ataupun dualisme pendidikan di Malaysia
11:17dengan kenyataan tersebut, Doktor?
11:20Ya, saya fikir dia akan membawa dualisme dalam pendidikan
11:25multi-aliran. Kerana kalau kita lihat apa yang berlaku
11:29sekarang ini, kalau tahun 60-an, apa yang dilakukan oleh
11:33kerajaan adalah usaha ataupun agenda untuk cuba membuka
11:38laluan kepada sekolah-sekolah persendiran Cina untuk berada
11:41di dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sebab itu kalau kita
11:44lihat hari ini ada lebih daripada 40 lebih sekolah
11:48dulunya sekolah persendiran Cina tapi sekarang ini telah
11:51menjadi sekolah mendengar jenis kebangsaan. Itu adalah agenda
11:55yang telah dilakukan pada tahun 58-59-60 dan agenda itu
12:00sebenarnya membawa makna yang besar kepada usaha untuk
12:03memartabatkan dasar pendidikan kebangsaan. Tetapi kalau kita
12:07berterusan membenarkan desakan-desakan supaya UEC ini
12:13diiktiraf, apa yang berlaku akan ada dualisme dalam
12:17pendidikan. Kita akan dapat lihat nanti anak-anak kita akan
12:20terpisah mengikut sekolah-mengikut kaum. Sekolah
12:23kebangsaan, sekolah mendengar kebangsaannya akan
12:26dipenuhi oleh anak-anak mungkin dari kaum buah Melayu,
12:29buah Putera, manakala sekolah-sekolah jenis persendiran
12:32Cina ini akan dipenuhi oleh anak-anak di kalangan masyarakat
12:35Cina dan sebagainya. Jadi pada pandangan saya ini adalah satu
12:39keadaan yang tidak wajar untuk negara yang majmuk
12:42seperti Malaysia ini di mana anak-anak kita itu dibenarkan
12:46ataupun dibiarkan belajar dalam sekolah-sekolah yang
12:49berbeza etnik dari kaum. Seolah-olahnya kita kembali
12:53kepada zaman kolonial dulu, Syaf. Di mana waktu itu kolonial
12:57pejajah memang suka melihat anak-anak di tanah Melayu ini
13:00dipecah perintahkan. Orang Melayu di satu kawasan lain,
13:04orang Cina di kawasan lain. Kerana itu memudahkan mereka
13:07untuk menguruskan ataupun mendominasi masyarakat tanah
13:12Melayu pada waktu itu. Tapi pada saya ini sudah hampir tujuh
13:16puluh tahun kita mereka. Kita sepatutnya sudah bersedia untuk
13:19membina satu negara bangsa yang benar-benar disambut sebagai
13:23bangsa Malaysia. Kita tidak lagi sepatutnya membezakan anak
13:27Melayu, anak Cina, anak India. Tapi sepatutnya mereka berada dalam
13:30satu ruang pendidikan yang sama. Mereka berkongsi, bersekolah,
13:35belajar, bermain bersama. Kerana akhirnya mereka akan menjadi
13:38rakyat Malaysia yang hidup bersama di dalam sebuah masyarakat
13:41yang pada masa depan jauh lebih mencabar. Yang membutuhkan
13:45anak-anak negara kita ini bersatu padu, kuat, jati diri mereka
13:50kerana mereka akan berhadapan dengan globalisasi dan juga
13:53berbagai cabaran dari luar. Jadi kalau kita gagal membina
13:57generasi masa depan yang bersatu padu, yang kenal-benar antara
14:01satu dengan yang lain, kita bukan hanya berhadapan dengan
14:03ancaman di dalam negara ketidakstabilan dan sebaiknya.
14:06Tapi kita juga menerima ancaman daripada luar yang akan
14:10sebenarnya merugikan negara kita pada jatuh-jatuh.
14:13Doktor, pada pandangan doktor, apakah jaminan bahawa mungkin
14:16di masa-masa akan datang, tututan periktirafan penuh tidak akan
14:19berlaku sebab kita tahu dalam laporan baru-baru ini juga ya
14:24pada 15 Mei semalam, Dong Zong kecewa syarat kemasukan
14:27pelajar UEC ke Universiti Awam dakwa banyak sekatan.
14:30Dan doktor juga ada menulis terkuburnya dasar pendidikan
14:35kebangsaan, mungkin doktor boleh komen sikit perkara tersebut
14:37Ya, saya tak jangka bahawa desakan-desakan ini akan berhenti
14:43di sini sahaja kerana sejarah menunjukkan desakan mereka
14:47ataupun desakan berkaitan dengan sistem pendidikan
14:51persediaan cindahan ini telah bermula sejak tahun 1950-an eh
14:54aa waktu itu lagi aa di bawah laporan FENWU kemudiannya pada
15:00tahun aa lima puluh enam tahun lima puluh sembilan aa ada satu
15:03sejarah yang panjang berkaitan dengan desakan ini sehingga aa pada
15:07waktu itu UMNO aa parti yang yang yang ketiga itu hampir-hampir
15:12kalah disebabkan oleh aa isu berkaitan dengan pendidikan ini dan
15:16kita juga melihat dalam aa desakan CQ, tuntutan CQ dan
15:20berterusan eh dan aa saya tidak jangka bahawa aa tuntutan
15:25ataupun perbincangan ini akan selesai aa dengan aa dengan aa
15:29dengan segera aa cuma pada saya lah pandangan saya Syaf
15:33dalam kita membicarakan soal tuntutan-tuntutan ini aa pihak kerajaan
15:38juga sepatutnya menoktakkan kerana ia sebenarnya menggugat
15:42kestabilan, kepercayaan eh di kalangan masyarakat. Malah aa
15:46perbincangan-perbincangan ini jika tidak diuruskan dengan
15:50baik ia akan menyebabkan masyarakat kita hilang rasa
15:52percaya eh aa keselesaan kita juga terganggu dan sebagainya
15:57kerana kita mula aa melihat dari mata kacamata atlik. Jadi
16:01pada saya lah sebaiknya aa usaha-usaha sebegini mesti
16:05diselesaikan di di mahkamah eh. Aa saya melakukan saya
16:09melihatkan aa mahkamah tentang bolehkah aa UEC ini
16:13diiktiraf dan sebagainya. Aa sebagaimana yang kita telah
16:16lakukan kepada aa sekolah jenis kebangsaan. Haa kalau kita
16:21lihat pada tahun dua ribu dua puluh satu, dua ribu dua puluh
16:23dua dan dua ribu dua puluh tiga aa aa telah dibawa ke
16:27mahkamah berkaitan dengan aa status aa sekolah-sekolah jenis
16:31kebangsaan ini dan akhirnya mahkamah memutuskan bahawa
16:34sekolah jenis kebangsaan ini adalah sak aa kedudukannya dan
16:39aa dan isi perlembaganya aa diiktiraf. Jadi kalau kita
16:43lihat hari ini hari ini kita tidak lagi aa ber ber ber
16:46polemik berkaitan dengan sekolah jenis kebangsaan. Sebab
16:48mahkamah telah membuat keputusan aa masyarakat boleh
16:51menerima keputusan mahkamah dan akhirnya apa yang berlaku
16:53adalah semua orang boleh menerima aa aa keadaan itu. Tapi aa
16:57berkaitan dengan UEC ini pada saya perkara atau bercara yang
17:00terbaik untuk kita menyelesaikan polemik ini yang berterusan
17:03aa sejak tahun 1950an adalah membawa keadaan ini ke
17:07mahkamah dan biarlah undang-undang negara kita yang
17:09membuat keputusan apakah sebenarnya kedudukan aa
17:13UEC ini dalam konteks aa pendidikan negara kita aa
17:16insyaap. Baik. Doktor Mungkin soalan saya yang tak
17:19akhir Doktor ya. Jika benar ya Doktor ya dasar yang telah
17:21digariskan yang telah diratifikasikan boleh berubah
17:25mengikut keperluan semasa. Jadi di mana aa garis sempadan
17:28antara reformasi dasar aa aa dan juga penghakis
17:32penghakisan aa prinsip aa asas negara itu sendiri Doktor?
17:36Ya ini ini yang menjadi kebimbangan apabila saya
17:38mengatakan bahawa dasar pendidikan keberusahaan itu
17:40terkubur. Aa itu satu persoalan kepada saya. Bukanlah saya
17:44mengatakan aa betul-betul terkubur tapi satu persoalan.
17:46Kerana jika sesuatu dasar yang telah dimaktubkan itu
17:51boleh dilihat aa dan diketepikan. Saya rasa itu satu
17:56kebimbangan yang besar kepada cara kita menguruskan
17:59pendidikan di negara kita. Aa penting untuk kita sedar
18:03bahawa pendidikan ini melampaui politik. Kerana
18:07pendidikan ini bukan hanya untuk kita aa menjadi popular
18:11dalam politik, mendapat sokongan sementara dan sebagainya.
18:14Kerana merancang pendidikan aa menyediakan satu dasar
18:18pendidikan itu adalah satu satu proses yang mengambil masa yang
18:22panjang dan jika kita tersalah langkah di dalam menentukan
18:26dan melaksanakan dasar implikasinya itu sangat besar kepada
18:30generasi anak-anak kita pada masa depan.
18:33Baik terima kasih Dr. Anwar Ahmad Fellow bersekutu Minda
18:37Universiti Kebangsaan Malaysia UKM atas perkongsian tersebut
18:39dan sepetal tadi kita memberi fokus kepada cabaran kepada
18:42dasar pendidikan negara berasaskan kepada pengumuman yang
18:45dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi dua hari lalu
18:48iaitu laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem
18:51pendidikan kebangsaan ke institusi pendidikan tinggi awam.
18:55Terima kasih Dr. Anwar Ahmad atas perkongsian tersebut.
18:59Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended