00:00Dan seterusnya kami bawakan di mana Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru supaya kerajaan mengkaji semula keputusan mengiktiraf sijil
00:10Unified Examination Certificate UEC bagi kemasukan ke program ijazah di institusi pengajian tinggi awam IPTA yang diumumkan baru-baru ini.
00:20Dalam hantaran di Facebook, beliau menyifatkan bahawa keputusan berkenaan wajar dikaji semula susulan implikasi besar yang dijangka berlaku terhadap sistem
00:29pendidikan negara.
00:32Ujarnya pengiktirafan UEC sebelum ini hanya terhad kepada bidang tertentu berkaitan bahasa Cina dengan syarat calon memiliki sijil pelajaran Malaysia
00:42SPM.
00:42Namun cadangan untuk memperluaskan pengiktirafan itu kepada semua program ijazah dilihat berpotensi memberi kesan menyeluruh kepada struktur kemasukan ke IPTA.
00:54Tambah Muhyiddin, pengiktirafan UEC akan mewujudkan satu lagi saluran kemasukan yang ditakbir sepenuhnya oleh badan bukan kerajaan tanpa kawalan piawayan
01:04oleh mana-mana agensi kerajaan.
01:06Sehingga kini, tiada penilaian rasmi dilakukan badan kerajaan dari segi jaminan kualiti, sukatan pelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran serta sistem
01:17peperiksaan dan pemarkahan bagi UEC.
01:21Menurut Muhyiddin, yang juga bekas Perdana Menteri, keadaan tersebut dilihat berpotensi mewujudkan dui standar dalam penilaian permohonan kemasukan ke IPTA
01:30melibatkan saluran berlainan dengan standar berbeza.
01:34Beliau dalam hantaran sama turut berpandangan bahawa keputusan kerajaan untuk mengiktiraf UEC disifatkan dibuat secara tergesa-gesa dan berkemungkinan dipengaruhi
01:45faktor politik.
01:47Tegasnya, sebarang keputusan dasar penting tidak seharusnya dibuat atas pertimbangan politik semata-mata, sebaliknya perlu melalui kajian menyeluruh termasuk menilai
01:57kesan terhadap sistem pendidikan negara.
01:59Jelasnya, penilaian itu turut melibatkan implikasi terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perbaduan nasional serta identiti negara bangsa.
02:10Terima kasih telah menonton!
02:12Terima kasih telah menonton!
Comments