00:00Sebanyak RM315,000 diperuntukkan bagi menaik taraf bilik guru serta pemasangan penyaman udara di sekolah-sekolah sekitar Parlimen Nibung Tebal.
00:10Menteri Pendidikan Fatlina Siddiq mengumumkan peruntukan itu bersempena sambutan Hari Guru 2026 bagi meningkatkan keselisaan dan kebajikan warga pendidik.
00:20Fatlina yang juga ahli Parlimen Nibung Tebal berkata daripada jumlah tersebut sebanyak RM105,000 diperuntukkan untuk kerja naik taraf bilik
00:28guru di empat sekolah.
00:30Sekolah terlibat ialah SMK Tunku Abdul Rahman, SK Saujana Indah, SJKC Kampung Jawi dan SJKT Ladang Transkrian.
00:37Sebelum pengumuman dibuat, Fatlina turut mengadakan lawatan keempat sekolah terlibat.
00:42Selain itu katanya tambahan RM210,000 lagi disalurkan menerusi Pusat Kikmat Rakyat Parlimen Nibung Tebal bagi pemasangan penyaman udara di
00:50bilik guru melibatkan semua 42 sekolah di kawasan tersebut.
00:54Beliau menambah, Kementerian akan terus memastikan kebajikan guru diberi perhatian termasuk meringankan beban tugas warga pendidik.
01:01Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif naik taraf bilik guru di seluruh negara dengan peruntukan RM100
01:07juta di bawah rancangan pendidikan Malaysia 2026 hingga 2035.
01:11Terima kasih kerana menonton!
Comments