Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata siasatan itu bertujuan mengenal pasti sama ada wujud unsur kecuaian, kelemahan kawalan, pelanggaran prosedur operasi standard atau penglibatan mana-mana pegawai dan anggota dalam kejadian berkenaan.
Transcript
00:00Polis membuka siasatan tata tertib secara menyeluruh susulan penemuan beberapa paket bahan di syaki dadah dan telefon bimbit dalam lokap
00:08Balai Polis Pusat Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh selasa lalu.
00:12Ketua Polis Perak Datuk Nur Hisam Nurdin berkata, siasatan itu bertujuan mengenalpasti sama ada wujud unsur kecuaian, kelemahan kawalan pelanggaran
00:21SOP atau penglibatan mana-mana pegawai dan anggota dalam kejadian berkenaan.
00:28Katanya siasatan juga memberi tumpuan terhadap aspek penyeliaan serta tahap pematuhan prosedur pengurusan lokap.
00:35Menurutnya pemeriksaan itu yang dijalankan pada kira-kira 10 malam 12 Mei lepas melibatkan sebuah sel yang menempatkan empat tahanan.
00:43Hasil pemeriksaan menemukan beberapa telefon bimbit diikuti beberapa paket bahan di syaki dadah jenis heroin dan metamfetamina.
00:52Polis turut merampas beberapa barang larangan lain termasuk tembakau, wang tunai dan peralatan komunikasi yang dipercayai dibawa masuk ke dalam
01:02lokap tanpa kebenaran.
01:04Susulan penemuan itu satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A Kurungan 1 serta Seksyen 12 Kurungan
01:132 Akta Dadah Berbahaya.
01:15Kesemua barang kes berkaitan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk tindakan lanjut termasuk analisis dan siasatan terperinci.
Comments

Recommended