00:00Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia atau Dong Zhong
00:05mendakwa keputusan kerajaan membenarkan pemegang sijil peperisaan bersama atau UEC
00:11memohon kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam atau IPTA masih bersifat separuh hati.
00:18Pertubuhan itu dalam kenyataan melahirkan rasa kecewa kerana masih ada pelbagai syarat dan sekatan
00:24sambil mendakwa dasar di Umum Kementerian Pendidikan Tinggi atau KPT semalam masih menunjukkan kelemahan sistem sedia ada
00:32kerana pelajar UEC terus berdepan akses terhad ke Universiti Awam.
00:37Katanya kerajaan seharusnya bersikap lebih terbuka, menghargai sumbangan pendidikan sekolah menengah persendirian China atau SMPC
00:45dan melaksanakan perbaharuan sistem substantif bagi memastikan akses pendidikan inklusif dan adil
00:51agar perhijrahan bahkan tempatan dapat dikurangkan.
00:55KPT semalam berkata calon lepasan sekolah atau institusi tafis serta SMPC atau UEC
01:01berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenalpasti di IPTA.
01:07Dong Zhong turut mempersoalkan dua mekanisma berbeza bagi pelajar UEC untuk memohon kemasukan ke IPTA.
01:14Katanya pemegang UEC yang memiliki sijil penuh SPM boleh memohon semua program melalui UPU Online
01:21manakala pelajar yang hanya lulus bahasa Melayu dan sejarah dalam SPM pula
01:26terhad kepada empat program pengajian berkaitan bahasa China sahaja.
Comments