00:00Presiden UMNO Zahid Hamidi tidak pernah terfikir Dr. Akmal Saleh akan melepaskan jawatan Ketua Pemuda walaupun berbeza pendirian dengan parti.
00:10Katanya beliau juga belum memikirkan sama ada mahu menerima atau menolak perletakan jawatan Akmal jika permohonan itu dikemukakan.
00:19Timbalan Perdana Menteri itu mengingatkan pemuda UMNO, termasuk Akmal supaya terbuka meraihkan perbezaan pandangan dan berdepan kritikan walaupun tidak sehaluan.
00:30Katanya perjuangan politik menuntut sikap keterbukaan untuk menerima hakikat bahawa tidak semua pihak akan bersetuju dan sebarang ketidaksetujuan wajar ditangani melalui penjelasan, bukannya dengan tindakan lain.
00:44Zahid berkata, soal saranan diterima atau tidak, Aijelisma tetap perlu diperjuangkan kerana beliau sendiri pernah jatuh tersungkuh semasa memegang jawatan pemuda, namun pengalaman itu tidak menghalangnya untuk bangkit semula.
00:58Akmal yang dikritik susulan penganjuran konvensyen khas pemuda UMNO minggu lalu menyuarakan kesediaan berundur tanpa menyatakan sama ada membabitkan jawatan ketua sayap atau pentadbiran kerajaan negeri.
01:11Kadija Juno FMT