00:00Kerajaan akan memperincikan keputusan membenarkan lepasan institusi tahfiz dan sekolah menengah persendirian Cina SMPC serta pemegang sijil peperiksaan bersama UEC
00:12untuk melanjutkan pengajian dalam program terpilih di Universiti Awam.
00:16Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin langkah itu akan diterima baik semua pihak memandangkan ia memberi ruang
00:23kepada pelajar tahfiz dan UEC mengakses pendidikan tinggi awam.
00:28terlalu takluk kepada syarat lulus mata pelajaran bahasa Melayu dan sejarah di peringkat sijil pelajaran Malaysia SPM.
00:37Ini bukan yang terpakai kepada UEC, sekolah Arab, sekolah menengah, tahfiz dan sebagainya, semua syarat yang sama iaitu termasuk sekolah
00:48-sekolah internasional yang melibatkan pelajar-pelajar Malaysia,
00:51mesej lulus SPM bahasa dan sejarah. Dan nampak sekarang ini saya terima semua cuma ada beberapa perincian yang sedang dibincangkan.
01:01Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian sambutan Hari Belia Negara 2026 peringkat kebangsaan di Sendayan pada Jumaat.
01:11Perdana Menteri pada masa sama menyifatkan keterbukaan itu sebagai langkah inklusif bagi memastikan bakat muda negara daripada pelbagai latar belakang
01:19pendidikan
01:20dapat menyumbang kepada pembangunan negara melalui saluran akademik yang diiktiraf.
01:24Beliau turut menekankan bahawa pemerkasaan bahasa kebangsaan dan pemahaman sejarah negara tetap menjadi tunjang utama dalam integrasi pendidikan tersebut.
01:34Kementerian Pengajian Tinggi pada Kamis mengumumkan pelajar SPMC dan CJL UEC serta tahfiz berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenalpasti di
01:44Universiti Awam.
01:45Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA
01:55dengan syarat perlu mengambil mata pelajaran bahasa Melayu dan sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Pemeriksaan Malaysia serta diperakui Kementerian Pendidikan
02:04Malaysia.
02:05Semua permohonan akan diproses berdasarkan meritokrasi, syarat kelaikan akademik serta tertakluk kepada ketetapan dan keputusan Senat Universiti.
02:13Bagi calon lepasan SMPC UEC, program dikenalpasti ialah Sarjana Muda Sastra Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian,
02:23Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastra Pengajian Cina dan Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan.
02:31Bagi sekolah atau institusi tahfiz, program dikenalpasti ialah Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Diploma dan Sarjana Muda Al-Quran dan
02:40As-Sunnah,
02:40Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz serta Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah.
Comments