Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Ringgit dijangka diniagakan antara RM3.94 hingga RM3.96 berbanding dolar AS minggu depan, disokong pertumbuhan ekonomi domestik kukuh, namun berdepan risiko luaran termasuk konflik Iran dan Selat Hormuz.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Sementara itu, ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM3.94 dan RM3.96 berbanding dolar AS minggu depan.
00:09Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalan Malaysia Berhad, Mohd Awzan Nizam Abdul Rashid, setakat ini ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang
00:16baik dengan permintaan domestik dan luaran terus mendorong pertumbuhan kepada 5.4% dan ia lebih baik daripada anggaran awal
00:24sebanyak 5.3%.
00:26Bagaimanapun jelasnya, separuh kedua tahun ini akan menjadi lebih kritikal sekiranya perang di Iran dan sekatan di Selat Hormuz berterusan.
00:34Pada Jumaat, Bank Negera Malaysia melaporkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.4% disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang
00:42berdaya tahan dalam persekitaran keadaan pasaran buruh yang menggalakkan dan sokongan dasar berterusan.
00:48Aktiviti pelaburan dikekalkan oleh perbelanjaan untuk jentera dan peralatan pelaburan struktur dan pelaksanaan projek beberapa tahun akan datang.
00:56Bank Pusat berkata penggunaan swasta berkembang sebanyak 4.7% pada suku pertama 2026 manakala pelaburan swasta meningkat 7.8
01:05% dan ekspor bersih melonjak 13.5% dalam persekitaran pertumbuhan ekspor yang stabil dan penyederhanaan import lebih pantas.
01:14Ringgit dinikakan rendah berbanding dolar Amerika pada 3.95159580 pada Jumaat berbanding 3.91859230 minggu sebelumnya.
01:24Dalam pada itu, unit tempatan dinikakan meningkat berbanding kumpulan matawang utama pada minggu ini.
01:30Matawang tempatan juga dinikakan kebanyakan yang meningkat berbanding matawang ASEAN.
Comments

Recommended