Skip to playerSkip to main content
  • 36 minutes ago
Sekurang‑kurangnya lapan cedera termasuk empat parah selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai di Modena, Itali. Suspek ditahan selepas cuba melarikan diri dan siasatan sedang dijalankan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya lapan individu cedera termasuk empat mengalami kecederaan serius selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai di Bandar Modena, Utara
00:08Itali pada Sabtu.
00:09Datuk Bandar Modena, Massimo Mazzetti berkata, suspek seorang lelaki berusia 30 tahun cuba melarikan diri selepas keretanya terbabas dan merempuh
00:18tingkap sebuah kedai.
00:20Menurut beliau, suspek yang berasal dari wilayah Bergamo dan menetap di kawasan Modena berjaya ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan
00:28kepada pihak polis.
00:28Dalam kejadian tersebut, suspek turut dilaporkan menyerang seorang individu menggunakan pisau menyebabkan kecederaan ringan.
00:36Empat mangsa dilaporkan berada dalam keadaan serius dengan dua daripadanya terpaksa dihantar menggunakan helikopter ke hospital di Bologna, kira-kira
00:4540km dari lokasi kejadian.
00:48Manakala mangsa lain menerima rawatan di hospital berhampiran.
00:51Menurut sumber kementerian dalam negeri Itali, suspek sebelum ini sedang menerima rawatan berkaitan gangguan psikiatri.
00:57Bagaimanapun pihak berkuasa tidak mengesahkan motif kejadian termasuk sama ada terdapat unsur keganasan atau keganasan ekstrim.
01:05Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian serta latar belakang suspek.
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended