Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Seorang pemuda yang membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil di kebun kelapa sawit di Sungai Besar, Sabak Bernam tiga tahun lalu, terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menggantikannya dengan hukuman penjara 40 tahun dan 12 sebatan.
Transcript
00:00Seorang lelaki yang membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil di kebun kelapa sawit di Sungai Besar Sabak Pernam 3 tahun
00:09lalu terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis menggantikannya dengan hukuman penjara 40 tahun dan 12 sebatan.
00:19Pernam 3 Hakim diketuai Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Muhammad Fakhrul Ayman Sajali 23 tahun untuk mengetepikan
00:30hukuman gantung yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kelang sebelum ini.
00:34Azman berkata Mahkamah mengambil kira usia muda perayu ketika kejadian iaitu 20 tahun.
00:40Selain itu, beliau berkata wujud pilihan hukuman di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandateri 2023.
00:48Begerapun, timbalan pendakwa raya Abdul Malik Ayub memohon Mahkamah mengekalkan hukuman gantung kerana jenayah dilakukan disifatkan sangat kejam.
00:58Pada 1 Jun 2023, Muhammad Fakhrul Ayman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab.
01:04Di jalan Sungai Limau antara jam 8.30 malam 22 Mei hingga jam 8 pagi 23 Mei tahun yang sama.
01:11Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
Comments

Recommended