00:00Bekas Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Anwar Makarim, dilaporkan menjalani pembedahan buat kali kelima ketika berdepan proseding
00:11mahkamah berkaitan dakwaan rasuah.
00:14Berita itu dikongsikan istrinya, Franca Makarim, menerusi satu kenyataan di media sosial.
00:21Menurut Franca yang enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan dibacakan pihak pendawaan dalam proseding berkenaan, hari mereka bermula di mahkamah sebelum
00:29Nadiem menjalani pembedahan pada malam hari.
00:32Franca turut memohon doa bukan sahaja untuk kesembuhan suaminya tetapi juga keteguhan buat mereka yang sedang berdepan perjuangan masing-masing.
00:41Memetik kompas, Nadiem mengalami sejenis penyakit dikenali sebagai fistula perianal yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kesakitan yang teruk.
00:49Cangkitan berulang dan kadangkala perlu menjalani pembedahan lebih daripada sekali.
00:54Nadiem berdepan hukuman penjara 18 tahun atas dawaan rasuah memabitkan perolehan komputer riba Chromebook dan sistem Chrome Device Management CDM.
01:04Tuntutan itu dikemukakan pihak pendawaan dalam proseding di Mahkamah Rasuah Jakarta Pusat pada Rabu.
Comments