Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Polis menahan tiga ahli sindiket penyeludupan migran yang dipercayai aktif sejak Mac lepas bersama 10 warga Indonesia dalam satu serbuan di kawasan semak Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi pada Rabu.
Transcript
00:00Polis menahan tiga ahli sindiket penyeludupan migran yang dipercayai aktif sejak Mac lalu bersama 10 warga Indonesia dalam satu serbuan
00:08di kawasan semak Tanjung Balau, Bandar Penawar Kota Tinggi pada Rabu.
00:12Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, operasi pada 6.45 minit petang itu bermula apabila sepasukan pegawai
00:21polis mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan memasuki kawasan semak tersebut.
00:28Menurutnya polis menghampiri kereta itu dan semasa pemeriksaan dijalankan, pemandu kenderaan bertindak memecut laju dalam cubaan untuk melarikan diri namun
00:37berjaya menahan suspek terbabit.
00:39Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu menemukan seorang migran yang dirancang untuk dihantar pulang ke Indonesia melalui jalan tidak diwartakan.
00:47Susulan tangkapan itu, polis telah melakukan pemeriksaan lanjut di kawasan semak berhampiran yang membawa kepada penemuan lapan lelaki dan tiga
00:56wanita warga Indonesia sedang bersembunyi.
00:59Siasatan awal mendapati kesemua migran mengaku ingin pulang ke Indonesia melalui jalan tidak diwartakan dengan diuruskan dua orang penjaga rumah
01:07penampungan sementara yang turut ditahan semasa kejadian.
01:10Kesemua suspek berusia 18 hingga 54 tahun disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran
01:20Atip Som 2007 dan Seksyen 6 Kurungan 1 Kurungan C Akta Imigresen 1959 Palang 63.
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended