Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Tiada sebarang petanda bahawa Pilihan Raya Umum (PRU 16 ) akan diadakan dalam waktu terdekat.
Transcript
00:00Tiada sebarang petunjuk pilihan raya umum ke-16, PRU-16 akan diadakan dalam waktu terdekat.
00:07Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadil berkata,
00:12ini kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini lebih memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat,
00:18terutama melibatkan penjaja, peniaga kecil dan golongan memerlukan bantuan.
00:25Yang Ma'umat Perdana Menteri belum memberi apa-apa signal bahawa PRU-16 akan berlangsung pada tahun ini.
00:33Tapi memang Yang Ma'umat Perdana Menteri telah memberi penegasan, pertama untuk Kerajaan,
00:42usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat, terutama bagi rakyat biasa,
00:47sama ada penjaja, sama ada peniaga, terutama golongan yang memerlukan bantuan,
00:54ini mesti disantuni dan diselesaikan masalah mereka.
00:58Selain itu, tambah Fahmi, Konvensyen Pakatan Harapan PH 2026 bakal menjadi medan penting menentukan hala tuju gabungan itu,
01:07termasuk persediaan menghadapi pilihan raya negeri PRN Johor serta beberapa negeri lain.
01:12Fahmi selaku pengarah komunikasi PH berkata,
01:16mesej yang akan disampaikan Anwar dalam konvensyen itu juga
01:19dijangka memperincikan strategi politik dan gerak kerja jentera parti menjelang sebarang pilihan raya.
01:26Anwar dijangka memberi amanat khas dalam konvensyen PH yang diadakan di pusat konvensyen antarabangsa pesada Johor pada 17 Mei ini.
01:35Konvensyen itu dijangka mengumpul lebih 3,000 pewakilan dari seluruh negara
01:40mewakili PKR, amanah dan DAP serta pimpinan utama yang hadir akan menyampaikan amanat masing-masing
01:48di samping perbahasan dari wakil setiap negeri.
Comments

Recommended