00:00Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan adakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Negeri Republik Islam Iran, Abbas Araqci,
00:07di selesela mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Negara Rakan BRICS di New Delhi, India pada Khamis.
00:13Perbincangan menekankan kepentingan dialog berterusan bagi menangani kestabilan serantau, keselamatan perdagangan dan laluan maritim dalam suasana ketegangan global.
00:23Kedua-dua pihak turut menegaskan keperluan kerjasama berterusan melalui platform pelbagai hala bagi menyokong keamanan dan kestabilan ekonomi antarabangsa.
00:33Muhammad berada di New Delhi bagi menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri BRICS yang menjadi antara platform persediaan utama menjelang
00:42sidang kemuncak pemimpin BRICS pada September depan.
Comments