Skip to playerSkip to main content
Jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia bagi musim haji tahun ini meningkat kepada lima orang setakat ini, selepas dua lagi jemaah dilaporkan meninggal dunia di Mekah. #LaporanHaji2026 #KhabarHaji2026
Transcript
00:05Jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia bagi musim haji tahun ini meningkat kepada 5 orang setakat ini selepas 2
00:13lagi jemaah dilaporkan meninggal dunia di Mekah.
00:17Lembaga tabung haji memaklumkan kedua-dua jemaah berkenaan adalah daripada kumpulan KT12 yang menginap di Hotel Al-Kiswah.
00:25Jumaah pertama melibatkan seorang wanita berusia 72 tahun dari Setiawan Perak yang hadir ke Tanah Suci bersama sepupunya.
00:34Awai Arham disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz pada 12 Mei lalu kira-kira jam 12.36 minit
00:42tengah hari akibat pendarahan otak.
00:44Sementara itu seorang lagi jemaah lelaki berusia 67 tahun dari Kuantan, Pahang turut meninggal dunia pada 13 Mei kira-kira
00:51jam 10 malam di Mekah Medical Center akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
00:57Awai Arham hadir ke Tanah Suci bersama istrinya.
01:01Kedua-dua jenazah telah diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan sebelum dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan.
01:07Mereka kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Pekuburan Al-Syariah di Mekah.
01:12Dalam kenyataan itu, Tabung Haji turut merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga Awai Arham dan Awai Arhamah serta mendoakan
01:20agar mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Comments

Recommended