00:00Beberapa NGO Islam membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Putih Nik Muhammad Zawawi Nik Saleh
00:07yang didakwa membuat kenyataan sembrono berhubung sahabat Nabi Muhammad dalam satu ceramah di Kuala Terengganu baru-baru ini.
00:14Pengerusi Daimadani Amir Zuhar Abdul Khalid yang mewakili NGO itu berkata,
00:20kenyataan itu tidak sepatutnya dibuat lebih-lebih lagi oleh seorang pemimpin daripada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.
00:27Hadir sama wakil NGO Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM, Pertubuhan Ikram Malaysia dan Pemuda PKR.
00:35Terdahulu Zawawi ditegur Dewan Ulamak Pas Pusat atau DUPP apabila dilihat menyampaikan fakta tidak tepat
00:42hingga mencetuskan kontroversi dalam ceramahnya apabila mengaitkan Saidina Abu Bakar dengan istilah ceti ketika menyentuh sistem ekonomi masyarakat jahiliah.
00:52Nik Zawawi kemudiannya memohon maaf selain mengakui kurang cermat dalam mengolah maklumat dan penyampaian ketika berucap dalam ceramah itu.
01:01Kadija Juno, FMT
Comments