Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Presiden Donald Trump menyatakan keyakinan bahawa perang Ukraine semakin hampir ke penghujung dengan perjanjian damai dijangka tercapai, namun menegaskan tiada persetujuan mengenai penyerahan wilayah Donbas kepada Russia.
Transcript
00:00Presiden Donald Trump menegaskan bahawa perang di Ukraine hampir menemui jalan penyelesaian.
00:04Pada masa sama, Trump menyatakan beliau percaya satu perjanjian damai antara Rusia dan Ukraine akan dicapai.
00:11Menurut Trump, ketika meninggalkan White House untuk lawatan ke China, beliau berpendapat konflik tersebut kini semakin hampir ke penghujungnya.
00:19Kenyataan itu turut selari dengan pandangan Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu lalu.
00:24Bagaimanapun, Trump menambah bahawa tiada sebarang persetujuan dengan Putin bahawa Rusia akan memperoleh wilayah Donbass.
Comments

Recommended