Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Polis berjaya menahan suspek dipercayai terlibat dalam kejadian seorang remaja warga asing yang ditemukan cedera parah di dalam tandas di sebuah rumah di Kampung Tuntuluk, Nosoob di Penampang, pada Khamis.
Transcript
00:00Polis berjaya menahan suspek dipercayai terlibat dalam kejadian seorang remaja warga asing yang ditemukan cedera parah di dalam tandas di
00:07sebuah rumah di kampung Tentuluk, Nusup di Penampang pada Khamis.
00:11Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Semi Newton maklumkan, suspek yang juga warga asing berumur 29 tahun ditahan di kawasan Semak
00:18Tepi Jalan di Pekan Kinarut Lama, papar pada 5.50 petang.
00:24Suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine.
00:31Semi berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa berada di rumah bersama seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak saudaranya
00:39dan suspek datang ke rumah mangsa untuk berjumpa dengan kakak ipar mangsa bagi menuntut baki hutang kerja membaiki ipar rumah.
00:46Beliau berkata ketika kejadian, mangsa sedang memegang sebilah pisau untuk menyiapkan masakan di dapur dan suspek mendakwa mangsa telah mengeluarkan
00:54kata-kata kasar sehingga menyebabkan suspek berasa marah.
00:58Semi berkata suspek kemudian bertindak merampas pisau daripada tangan mangsa sebelum mengelar leher dan menolak mangsa ke dinding tandas sehingga
01:06menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan leher.
01:09Selepas kejadian, suspek bertindak melarikan diri.
01:12Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
01:17Beliau berkata mangsa kini berada dalam keadaan stabil, nama mengalami beberapa kecerahan serius iaitu luka kelar pada bahagian leher dan
01:24luka tetapkan pada bahagian kiri kepala.
Comments

Recommended