Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Amerika Syarikat menggesa sokongan terhadap resolusi PBB yang menuntut Iran menghentikan serangan dan perlombongan periuk api di Selat Hormuz. Iran menyifatkan resolusi itu berat sebelah, manakala China dan Rusia dijangka mengenakan veto.
Transcript
00:00Sementara itu, Duta Iran ke PBB, Amir Syed Iravani menyifatkan draft resolusi PBB berkenaan Iran sebagai cacat, berat sebelah dan
00:08bermotifkan politik.
00:09Menurutnya, Amerika Syarikat tidak mempunyai kedudukan dari segi undang-undang, politik atau moral untuk menggambarkan diri mereka sebagai pelindung kebebasan
00:18pelayaran.
00:20Draft resolusi PBB tersebut menuntut Iran menghentikan serangan serta aktiviti perlombongan periuk api di Selat Hormuz.
00:27Resolusi itu digubal oleh Amerika Syarikat dan Bahrain dengan sokongan Arab Saudi, Emirat Arab Bersatu, Kuwait dan Qatar.
00:35Namun beberapa diplomat memaklumkan China dan Rusia membantah keras teks berkenaan semasa perbincangan tertutup Majlis Keselamatan Minggu ini
00:42dan berkemungkinan besar akan menggunakan kuasa veto sekiranya resolusi dibawa ke undian.
00:48Setiausaha negara Amerika, Marco Rubio sebelum ini menyifatkan resolusi terbahar itu sebagai ujian keupayaan dan kredibiliti PBB
00:55sambil menggesa Beijing dan Moskow agar tidak mengulangi veto tersebut.
00:59Perkembangan ini berlaku ketika diplomat memaklumkan Amerika dan Iran semakin hampir kepada perjanjian sementara
01:05untuk menghentikan konflik meskipun isu sensitif termasuk program nukerik Iran masih belum diselesaikan sepenuhnya.
01:12berat tersebut
01:15Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended