00:00Seorang wanita warga asing berusia 20-an ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 13, sebuah pangsapuri di Bandar Baru Nilai
00:08pada awal pagi Jumaat.
00:10Ketua Polis Negeri Sembilan Dato' Al-Zafni Ahmad berkata ibu pejabat polis daerah Nilai sahkan menerima maklumat kejadian kira-kira
00:18satu setengah pagi ketika sepasukan pegawai menjalankan serbuan narkotik di premis berkenaan.
00:25Katanya dalam kenyataan, semasa serbuan dijalankan, wanita tersebut dipercayai bertindak melarikan diri melalui balkoni unit tersebut sebelum tergelinci dan jatuh
00:36dari tingkat 13 bangunan itu.
00:38Susulan kejadian itu, unit rondaan bermotosikal IPD Nilai digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
00:47Al-Zafni berkata pasukan perubatan daripada klinik kesihatan Nilai tiba di lokasi dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
00:56Mayat dibawa ke Hospital Rembau untuk berdah siasat.
00:59Hasil siasatan awal di lokasi mendapati, tiada unsur jenayah dikesan setakat ini dan kes diklasifikasikan mati mengejut.
01:08Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mendapatkan rakaman percakapan saksi.
01:12Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi IPD Nilai atau balai polis terdekat.
Comments