Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Sistem CCTV bersepadu berasaskan AI di Kuala Lumpur membantu menyelesaikan 50 kes jenayah sejak 2020, selain menyokong pengurusan lalu lintas dan bencana melalui kerjasama DBKL dan PDRM.
Transcript
00:00Sistem kamera lita tertutup CCTV bersepadu berskala besar dilengkapi perisian kecerdasan buatan AI
00:07membantu menyelesaikan 50 kes jenayah di ibu negara sejak penggunaannya bermula tahun 2020.
00:14Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Hanayuh berkata,
00:18kos pengoperasian terkumpul sejak pemasangan 10,000 kamera di seluruh ibu negara setakat ini
00:23mencecah RM500 juta yang dioperasikan menerusi Pusat Kawalan dan Operasi Kuala Lumpur, KLCCC.
00:33Katanya perbelanjaan itu bagaimanapun dianggap satu pelaburan yang menguntungkan,
00:37bukan sahaja dari sudut pencegahan, malah berhasil membantu pihak polis menyelesaikan banyak kes jenayah di ibu negara
00:43termasuk menguruskan bencana banjir dan kesesatkan lalu lintas.
00:47Ujarnya koordinasi mantap antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di BKL dan Polis Diraja Malaysia PDRM
00:52dari segi perkawasan maklumat bagi membanteras jenayah.
00:55Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Fadil Marsus maklumkan,
00:59penggunaan sistem pintar itu membantu PDRM menjejaki pergerakan penjenayah
01:03menerusi kebolehan pengecaman wajah dan kenderaan menggunakan kamera beresolusi tinggi.
01:08Fadil berkata masalah lalu lintas pada waktu puncak adalah antara masalah utama dihadapi warga kota
01:13dan ketika ini PDRM hanya bergantung kepada polis trafik untuk mengendalikan lalu lintas secara manual.
01:18Beliau berharap sistem CCTV bersuadu itu mampu mengesan kesesakan
01:23seterusnya menguruskan lalu lintas secara otomatik sebagai contoh menggunakan teknologi AI
01:27untuk mengawal lampu isyarat berdasarkan jumlah kenderaan masa kini.
Comments

Recommended