Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Sebuah Sidang Khas Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan digesa untuk diadakan segera bagi menangani krisis politik yang sedang melanda negeri itu. Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan ketidaktentuan pentadbiran sekiranya persidangan DUN ditangguhkan sehingga enam bulan, selain memberi amaran bahawa penangguhan tersebut boleh menjejaskan kestabilan politik serta kelancaran pelaksanaan dasar kerajaan negeri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, UMNO Negeri Sembilan menggesa sidang khas Dewan Endangan Negeri diadakan segera untuk menangani krisis politik yang sedang melanda.
00:08Pengurusi Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, apa yang dibimbangi kini adalah wujud ketidaktentuan dalam pentadbiran kerajaan negeri jika sidang don
00:18ditangguh terlampau lama.
00:21Menurutnya, penangguhan hanya berpotensi menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri tidak stabil serta membuka ruang kepada pelbagai masalah pentadbiran yang boleh menjejaskan
00:31kepentingan rakyat.
00:32Jelasnya penangguhan juga boleh memberi kesan kepada kelancaran pelaksanaan dasar kerajaan negeri.
00:38Sehubungan itu, Di-Pertua Dun, Datuk MK Ibrahim Abdul Rahman segera memanggil sidang khas Dun bagi membincangkan serta memutuskan langkah
00:46penyelesaian terhadap kemelut politik yang sedang berlaku.
00:49Pada 27 April, krisis politik negeri sembilan tercetul selepas 14 adun UMNO dan Barisan Nasional menarik balik sokongan terhadap kerajaan
00:58negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun atas alasan gagal menyelesaikan kemelut melibatkan institusi di Raja Negeri.
01:06Susulan itu, lima adun Perikatan Nasional telah mengemukakan tawaran bertulis kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk bekerjasama bagi memastikan kestabilan
01:15politik negeri dapat dipulihkan.
Comments

Recommended