00:00Satu kebakaran besar telah mengakibatkan sebuah kilang pemasangan motosikal elektrik di Sungai Buluh Selangor hampir musnah sepenuhnya pada petang selasa.
00:09Menurut penolong pengarah bahagian operasi, JPPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.49 petang sebelum
00:18menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.
00:21Dengan jentera pertama dilaporkan tiba di primis berkenaan pada pukul 7.05 malam.
00:26Jelas beliau setibanya di tempat kejadian, kebakaran meribak dengan pantas dan insiden kebakaran berkenaan melibatkan keseluruhan struktur bangunan industri tersebut.
00:36Hasil pemeriksaan awal pihak JPPM Selangor juga mendapati kira-kira 80% daripada primis berkenaan telah hangus terbakar.
00:44Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa tiada mangsa atau kemalangan jiwa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut setakat ini.
00:50Jelasnya, kerja-kerja pemadaman sepenuhnya dan proses overhaul masih giat dijalankan oleh anggota yang bertugas.
00:57Punca sebenar kejadian serta anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan unit forensik kebakaran JPPM Selangor.
01:03Tambah Ahmad Mukhlis, seramai 28 anggota dari 5 balai bomba telah digerakkan bagi mengawal api daripada merebak kebangunan berhampiran.
01:11Selain itu, operasi pemadaman melibatkan balai bomba dan penyelamat Sungai Buloh, Bukit Jelutong, Damansara, Selayang dan Taman Tun Dr. Ismail.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments