00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meramalkan harga petrol dan minyak dunia akan turun mendadak sebaik perperangan dengan Iran berakhir.
00:07Bercakap kepada wartawan, pada Khamis, Trump berkata pasaran tenaga dunia memiliki bekalan yang mencukupi dan tekanan harga ketika ini berpunca
00:15daripada konflik bersenjata di Asia Barat.
00:47Menurut Trump, minyak mentah kini berada dalam jumlah yang besar dan tersedia di banyak lokasi seluruh dunia termasuk di perairan
00:54antarabangsa.
00:55Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa keadaan akan menjadi jauh lebih serius sekiranya Iran memiliki dan menggunakan senjata nuklear yang menurutnya
01:03akan mengubah landscape geopolitik dan ekonomi global.
01:07Kenyataan Trump itu dibuat ketika harga minyak global mencucah paras tertinggi dalam tempoh 4 tahun melebihi $126 Amerika setong.
Comments