00:00Wartawan tanpa sempadan, RSF memberi ambaran kebebasan media jatuh ke tahap terendah dalam tempoh suku abad.
00:07Pemantau hak media itu menyatakan antara punca kemerusutan tersebut termasuk serangan sistematik presiden mekesyarikat Donald Trump
00:14terhadap wartawan dan Arab Saudi yang menghukum mati seorang wartawan pada 2025.
00:20Dalam satu kenyataan, RSF berkata, purata skor bagi semua negara dan wilayah di seluruh dunia tidak pernah serendah ini dalam
00:27tempoh berkenaan.
00:28Pada masa sama, peratusan penduduk dunia yang tinggal di negara dengan tahap kebebasan media dianggap baik merosot daripada 20%
00:36kepada kurang 1%.
00:38Hanya tujuh negara di Eropah Utara yang diketuai oleh Norway berada dalam kategori tersebut.
00:45Laporan itu menyebut, AS yang sebelum ini jatuh daripada kategori agak baik kepada bermasalah pada tahun 2024,
00:52tahun pemilihan semula Trump terus merosot tujuh anak tangga ke kedudukan 64.
00:57Amerika Syarikat turut dicemari dengan penahanan dan pengusiran seorang wartawan El Salvador iaitu Mario Guevara
01:04yang melaporkan tentang penangkapan pendatang tanpa izin serta pemotongan besar-besaran dana untuk penyarat antarabangsa Amerika.
01:11Rusia di bawah Presiden Vladimir Putin pula digambarkan sebagai pakar dalam menggunakan undang-undang
01:16yang bertujuan memerangi keganasan, pemisahan dan ekstremisme untuk menyekat kebebasan media.
01:22Menurut RSF, setakat April 2026, negara itu menahan 48 wartawan di dalam penjara.
01:30Kemerosotan paling ketara pada tahun 2026 dicatatkan di Niger yang diperintah junta.
01:35Kedudukan 120 turun 37 tempat sekaligus menonjolkan penurunan lebih meluas kebebasan media di rantau Sahel dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
01:45Ia didorong serangan kumpulan bersenjata dan rejim junta mengekang hak mendapatkan maklumat yang seimbang daripada pelbagai sumber.
Comments