Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Raja Charles menegaskan komitmen Britain dan Amerika Syarikat mempertahankan demokrasi ketika berucap di Kongres, walaupun berdepan perbezaan pandangan dan ketegangan hubungan susulan konflik antarabangsa.
Transcript
00:00Sementara itu dalam ucapannya di Kongres, Raja Britain, Raja Charles memberitahu bahawa walaupun dunia berdepan era ketidaktentuan dan konflik di
00:09Eropah serta Asia Barat, United Kingdom dan AS akan sentiasa menjadi sekutu kuat yang bersatu dalam mempertahankan demokrasi meskipun wujud
00:19perbezaan ketara antara kedua-dua negara berhubung perang dengan Iran.
00:23Ucapan kepada sidang bersama Senat dan Dewan Perwakilan AS ini disifatkan sebagai sesuatu yang jarang berlaku.
00:53Ucapan Raja Charles itu disampaikan pada hari kedua lawatan negara selama empat hari ke Amerika Syarikat pada saat hubungan kedua
01:01-dua negara berada dalam keadaan tegang.
01:04Susulan kritikan berulang oleh Presiden Donald Trump terhadap Perdana Menteri Britain, Sir Kay Stammer yang didakwa Trump kurang memberikan sokongan
01:12dalam usaha perang terhadap Iran.
01:15Sebelum menyampaikan ucapan, Raja Charles bertemu dengan pemimpin tertinggi parti Republikan dan Demokrat selepas mengadakan lawatan pagi ke White House
01:24bersama pemaisuri Kamila termasuk pertemuan tertutup antara Baginda dan Trump.
01:30Kesemua acara itu merupakan sebahagian daripada lawatan yang bertujuan memperkukuh hubungan erat yang terjalin antara Britain dan bekas tanah jajahannya
01:39sepanjang 250 tahun sejak kemerdekaan AS.
01:45Raja Charles merupakan Raja Britain ke-2 yang menyampaikan ucapan kepada Kongres Amerika Syarikat selepas ibundanya Ratu Elizabeth ke-2
01:53berucap kepada kedua-dua dewan pada tahun 1991.
Comments

Recommended