Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jumlah kapal yang melalui Selat Hormuz dilaporkan merosot lebih 95 peratus sejak konflik ketenteraan melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran tercetus pada 28 Februari lalu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memaklumkan perkembangan itu memberi kesan langsung kepada ekonomi global, termasuk lonjakan harga minyak mentah dan peningkatan harga komoditi makanan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan laluan tenaga paling kritikal di dunia.
Transcript
00:00Baik, jumlah kapal yang melalui Selat Hormuz dilaporkan merosot lebih 95% sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan perang terhadap
00:07Iran pada 28 Februari yang lalu.
00:10Judis cakap Kepertuan Bansur-Bansur Bersatu PBB, Stephanie Dujarich, maklumkan, seiring perkembangan itu, harga komoditi makanan global pula meningkat 6%,
00:18manakala harga minyak mentah bagi pasaran Eropah melonjak sehingga 53%.
00:25Ujannya Selat Hormuz merupakan antara laluan tenaga paling kritikal di dunia dengan kira-kira 1.5 daripada bekalan minyak global
00:32melalui Selat itu sehari sebelum tercetusnya konflik berkenaan.
00:36Sebenarnya, beliau menggesa pihak yang bertanggungjawab terhadap konflik tersebut agar segera mencapai satu perjanjian berkekalan bagi mengelakkan kesat lebih buruk.
00:43Pada 13 April lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengarahkan tentera laut Amerika Syarikat supaya memulakan proses menyikat semua
00:50kapal yang cuba memasuki atau keluar dari selat tersebut sambil menyifatkan angkatan laut negaranya sebagai yang terbaik di dunia.
00:58Trump telah mengarahkan tenteranya untuk memintas mana-mana kapal di perairan terbangsa yang didakwa telah membayar tol kepada Iran sambil
01:05memberi amaran tiada kapal sedemikian akan dibenarkan melalui dengan selamat.
01:08Tidakan Trump serta pemerintahan Iran yang menggunakan sekatan terhadap laluan perairan strategik itu dipercayai menjadi punca kepada jumlah kapal melalui
01:16selat itu mulai merosot selain turut menjejaskan harga komoditi, makanan global serta harga minyak mentah global.
Comments

Recommended