00:00Kita mulakan dengan perkembangan ini terlebih dahulu, ketidaktentuan ekonomi global akibat ketegangan geopolitik menuntut Malaysia melakukan penyesuaian semula keutamaan ekonomi
00:09negara bagi memastikan kestabilan jangka pendek dan jangka panjang.
00:13Rada Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim menegaskan cabaran ekonomi global semasa termasuk konflik geopolitik antarabangsa memerlukan kerajaan kekal responsif serta
00:22berpandangan jauh dalam mengurus risiko ekonomi.
00:28Beliau berkata meskipun sebahagian tekanan ekonomi berpunca daripada faktor luar yang berada di luar kawalan negara, pengurusan ekonomi yang berkesan
00:36tetap menjadi keutamaan kerajaan bagi melindungi kebajikan rakyat dan kelasungan ekonomi negara.
00:42Dalam pada itu, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan masih mampu mengekang kenaikan harga bahan api domestik dengan harga petrol RON95 di
00:50Malaysia kekal antara yang terendah di dunia.
00:52Namun beliau mengingatkan langkah tersebut melibatkan kos fiskal yang tinggi dengan kerajaan menanggung subsidi melebihi RM7 bilion bagi memastikan kesan
01:01kenaikan harga tidak membebankan rakyat.
01:03Menurut beliau, walaupun kenaikan harga bahan api dapat dikawal buat masa ini, persoalan mengenai kemapanan langkah tersebut dalam jangka sederhana
01:10dan panjang perlu diberi perhatian serius.
01:14Anwar turut menjelaskan bahawa bekalan petrol negara ketika ini masih terkawal, hasil penguaran domestik serta pengurusan oleh Petroleum Nasional Berhad
01:21Petronas.
01:22Bagaimanapun, isu bekalan diesel dikenal pasti sebagai cabaran yang lebih mendesak berbanding petrol, memandangkan keupayaan bekalan yang lebih terhad serta
01:30risiko kekurangan stok.
01:32Disebabkan keperluan domestik, Malaysia juga tidak dapat mengekspor diesel walaupun terdapat permintaan daripada negara lain.
01:38Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan keperluan untuk Malaysia memperkukuh keupayaan menjangka risiko ekonomi, jangka pedik dan sederhana selain menjadikan pengurusan
01:48ekonomi sebagai teras utama dasar negara.
01:50Beliau turut menekankan kepentingan kajian masa depan atau future studies dalam membantu negara bukan sahaja menangani cabaran semasa, malah bersedia
01:59menghadapi langskap global baharu dalam dunia pasca normal.
02:03Pada masa sama, Anwar menyeru negara-negara Islam agar terus proaktif meneroka ruang pembaharuan dan kerjasama meskipun sistem global ketika
02:10ini banyak dipengaruhi kuasa barat.
02:12Menurut beliau, usaha untuk memperbarui struktur kewangan antarabangsa telah lama dibangkitkan sejak 1990-an, namun masih belum mencapai kemajuan ketara
02:21akibat kekurangan ikhtizam kolektif termasuk dalam kalangan negara Islam sendiri.
02:26Beliau berpandangan kerjasama berskala kecil dan bersifat praktikal antara beberapa negara Islam seperti Malaysia, Terki, Indonesia dan Pakistan boleh dijadikan
02:35titik permulaan bagi memperkukuh daya tahan ekonomi serta institusi.
02:39Beliau berkata demikian ketika berucap pada forum siri 11 ilmuwan Malaysia Madani bertemakan Muslim Unity in Times of Geopolitical Crisis,
02:48anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia pada ahad.
02:51Forum itu menampilkan Anwar sebagai moderator dan mengetengahkan barisan panel pencerama antarabangsa dan tempatan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri
02:59Hal Ewal Agama, Senator Dr. Zulkifli Hassan, Pengarah Institut Pembangunan dan Pendidikan Islam, Sharif Hassan Albana, serta Profesor Madya di
03:08National University of Singapore, Dr. Khairuddin Aljunid.
03:12Terima kasih kerana menonton!
Comments