Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Penyambungan semula itu dibuat selepas Ketua Pegawai Eksekutif Imam Khomeini Airport City Ramin Kashef Azar memaklumkan kepada Agensi Berita Buruh Iran (ILNA) pada Jumaat bahawa penerbangan penumpang asing akan disambung semula pada Sabtu.
Transcript
00:00Lapangan terbang antarabangsa Imam Khomeini di Teheran menyambung semula sebahagian penerbangan antarabangsa pada pagi Sabtu.
00:07Penerbangan pertama yang berlepas dari Teheran menuju ke Istanbul, Maskat dan Madinah.
00:33Pergerakan drafik udara sebelum ini sebahagian besarnya terganggu sesulan tercetusnya perang pada 28 Februari apabila Amerika Syarikat dan Israel melancarkan
00:42serangan bersama ke atas Iran.
00:44Perang itu ditangguhkan sejak 8 April di bawah genjatan senjata di mediasi Pakistan.
00:50Washington dan Teheran mengadakan rundingan di Pakistan dua minggu lalu dengan usaha sedang dijalankan bagi mengatur satu lagi pusingan rundingan
00:57baharu.
00:58Menteri Luar Iran Abbas Arashi kini berada di Islamabad manakala utusan Amerika Syarikat Steve Witkoff dan Jared Kushner turut dalam
01:06perjalanan ke ibu negara Pakistan itu.
01:09Bagaimanapun kemungkinan penyambungan segera rundingan secara langsung adalah tipis.
Comments

Recommended