Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak mahu wujud jurang digital antara golongan kaya di bandar dengan masyarakat luar bandar yang kurang akses kepada teknologi.
Transcript
00:00Agenda transformasi digital negara mesti memberikan manfaat kepada majoriti rakyat secara menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kepada segelintir golongan seperti
00:09warga bandar dan berpendapatan tinggi.
00:12Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak mahu wujud jurang digital antara golongan kaya di bandar dengan masyarakat
00:20luar bandar yang kurang akses kepada teknologi.
00:26Menurutnya, kemasukan pelaburan besar daripada syarikat antarabangsa seperti Infineon, Nvidia dan Gili juga perlu diterjemahkan kepada peluang pekerjaan serta peningkatan
00:37ekonomi rakyat pada semua peringkat.
00:39Ujar beliau perkembangan ini mesti menjamin keadilan bagi semua pihak dan ini merupakan cabaran kerajaan bagaimana mahu memastikan teknologi dikuasai
00:48semua.
00:48Beliau berkata demikian pada Majlis Perintirafan Pusat Sebaran Maklumat Nasional Nadi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC sebagai pusat transformasi
00:59digital kesatuan telekomunikasi antarabangsa ITU di Nadi Kubang Semang, Bukit Mertajam pada Sabtu.
01:06Sehubungan dengan itu, Anwar menekankan kepentingan pendedahan awal kepada teknologi digital dalam kalangan pelajar serta memastikan akses pendidikan berkualiti dinikmati
01:16secara menyeluruh.
01:17Beliau berkata pendemokrasian akses pendidikan berkualiti termasuk dalam bidang digital penting supaya semua lapisan masyarakat mendapat peluang yang sama.
01:28Sementara itu, Perdana Menteri memuji inisiatif MCMC berhubung program e-tuisyen rakyat yang dilaksanakan di Nadi yang menyediakan kelas tambahan
01:37percuma menggunakan kemudahan digital yang membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik.
01:42Pada 2025, lebih 42,000 pelajar tingkatan 5 menyertai program e-tuisyen rakyat yang dilaksanakan di hampir 1,100 Nadi
01:51di seluruh negara.
Comments

Recommended