Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Menurut sumber, dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an berkenaan ditahan antara 8 dan 9 malam pada Jumaat ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Transcript
00:00Empat lagi individu termasuk dua pengarah syarikat ditahan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM kerana disyaki terlibat dalam sindiket isytihar
00:09palsu barang import kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKDM di Pelabuhan Kelang, Selangor.
00:15Menurut sumber, dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an berkenaan ditahan antara 8 dan 9 malam
00:23pada Jumaat ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
00:31Siasatan awal mendapati dua daripadanya yang merupakan pengarah syarikat, seorang akaunten manakala seorang lagi orang awam disyaki melakukan perbuatan itu
00:39sejak 2022.
00:41Mereka dipercayai bersubahat memberi suapan kepada pegawai penguatkuasa di Pelabuhan Kelang bagi tujuan pelepasan barang import yang tidak diisytihar.
00:49Menurut sumber, perintah Rehman selama 6 hari hingga 30 April ini terhadap empat individu terbabit dikeluarkan Magistret Shaik Zuladrus, Merikan
00:59Fadzul selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Magistret Putrajaya pada Sabtu.
01:04Bermula selasa lepas, SPRM melalui bahagian operasi khas BOK menjalankan operasi bersepadu dengan kerjasama pasukan petugas khas agensi-agensi penguatkuasaan
01:15Malaysia METF
01:16yang terdiri daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN, Jabatan Kustom Diraja Malaysia JKDM dan Bank Negara Malaysia BNM menerusi obsidio.
01:27Susulan itu penggeledahan dicalankan di 26 lokasi melibatkan premis syarikat dan kediaman suspek sekitar Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Kelantan.
Comments

Recommended