00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu keutamaan diberikan kepada penyelesaian segera masalah setempat yang kritikal, khususnya melibatkan pertanian, saliran,
00:10tempatan banjir, pendidikan dan kesehatan di seberang Perai Tengah.
00:15Perkara itu dinyatakan beliau ketika mempengerusikan mesyuarat pembangunan daerah seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam pada Sabtu.
00:25Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata perkara sedemikian tidak boleh ditangguh dan setiap kelewatan membawa kesan kepada kehidupan rakyat yang
00:33menunggu penyelesaian.
00:35Oleh itu kata Anwar penyelarasan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mesti diperkemas agar setiap keputusan diterjemah kepada tindakan yang
00:43tuntas.
00:44Justru Ujah Anwar beliau menetapkan tempoh dua minggu untuk semua pihak melaporkan perkembangan dan tindakan susulan terhadap setiap keputusan yang
00:53telah dipersetujui.
00:55Menurut Perdana Menteri ini kerana akhirnya ukuran sebenar bukan pada apa yang diumumkan tetapi pada apa yang benar-benar berubah
01:02di lapangan dan rakyat berhak melihat perubahan itu bukan nanti tetapi sekarang.
01:07Perdana Menteri berkata mesyuarat berkenaan juga bertujuan memastikan dasar yang diumumkan sepanjang tiga tahun lepas benar-benar dilaksanakan dengan berkesan
01:16dan memenuhi keperluan rakyat setempat.
01:19Mesyuarat turut meneliti pelaksanaan inisiatif yang memberikan kesan langsung kepada rakyat termasuk pembasmian kemiskinan tegah, baik pulih gerai penjaja, sejati
01:29madani, kampung angkat madani, sekolah angkat madani, projek khas ekonomi negeri serta aspek keselamatan di seberang perai tengah.
01:37Kata Anwar lagi, laporan kemiskinan tegah sifar mesti terus disemak di lapangan bersama pemimpin setempat agar tidak ada keluarga yang
01:46tercicik.
01:47Penurunan kadar jenayah pula perlu dipastikan berpunca daripada keberkesanan tindakan, bukan kelemahan penguatkuasaan.
Comments