00:00Ketua Pesuruh Jaya Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Tan Sri Azambaki menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih atas peluang yang
00:10diberikan untuk mengetuai agensi itu selama enam tahun.
00:14Menurutnya, kepercayaan diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhan Jaya sejak 9 Mac 2020 dan akan berakhir pada 12 Mei
00:24ini termasuk tiga kali lanjutan kontrak, merupakan satu pengiktirafan besar terhadap dedikasi pasukannya dalam memerangi rasuah.
00:33Beliau ketika ditemui media di kampung Terentang, Padang Lebar, Kuala Pilah menjunjung kasih kepada Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
00:42atas kepercayaan ini serta peluang dalam perkhidmatan melalui lanjutan tiga kali kontrak.
00:48Katanya, lanjutan itu merupakan satu penghormatan amat bermakna kepadanya.
00:52Azam turut menyeru seluruh warga SPRM memberikan kerjasama baik kepada kepimpinan baharu demi memastikan kesinambungan kecemerlangan agensi itu.
01:03Setakat ini, beliau tidak mempunyai sebarang perancangan tetapi mahu terus berbakti kepada rakyat.
Comments